Lokman dedah dalang khianati perjuangan Umno

0
505

SAYA menyambut baik keputusan yang dibuat oleh, Mohamed Apandi Ali yang telah mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai pengerusi Lembaga Disiplin Umno berkuatkuasa serta merta sebaik sahaja presiden Umno mengarahkan agar prosiding tunjuk sebab Lembaga Disiplin Umno ke atas Hishammuddin Hussein dihentikan.

Tindakan menghentikan prosiding ke atas Hishammuddin yang telah melanggar berberapa peraturan parti termasuk menghasut kepimpinan Umno Sabah untuk meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu secara beramai-ramai bukan hanya berlaku sekali, tetapi tiga kali termasuk prosiding yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Lembaga Disiplin Umno sepatutnya adalah sebuah badan bebas yang tidak boleh disekat daripada menyiasat sesiapa sahaja tanpa dihalang termasuk oleh presiden parti.

Tindakan presiden Umno ini jelas bercanggah dengan perlembagaan parti dan menghina kedudukan pengerusi dan lembaga disiplin parti.

Keputusan yang dibuat oleh Apandi Ali jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang berprinsip dan mementingkan maruah diri daripada jawatan dalam parti.

Jika Umno serius ingin menggantikan kerajaan Pakatan Harapan, Umno perlu melahirkan lebih ramai pemimpin yang mempunyai sikap terpuji sebegini. Kita tidak perlukan pemimpin yang cuba menutup kes mereka yang melanggar disiplin parti.

Cukup sudah Tommy Thomas seorang yang melakukan kerja-kerja mengugurkan kes pimpinan Pakatan Harapan, jangan pula ada Tommy Thomas di dalam Umno.

Inilah masa yang paling sesuai untuk mengambil tindakan kepada mereka yang mahu mengkhianat perjuangan suci ini dan harapan rakyat Malaysia.

Sebarang langkah untuk menyapu kes Hishammuddin di bawah karpet atas alasan mahu memastikan ahli parlimen Umno kekal bersama dan untuk membuat keputusan secara en-block jelas membuktikan bahawa ada perundingan sedang berlaku untuk membentuk kerjasama dengan Bersatu.

Apa sudah jadi dengan janji tidak mahu mewujudkan kerajaan pintu belakang?


DATUK LOKMAN NOOR ADAM adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here