Dana kenang jasa pemuda Muslim terkorban ketika melindungi jemaah di gereja melebihi jangkaan

0
308
FOTO: Katolik Garis Lucu/Twitter

Oleh FETTY RARA

JAKARTA – Tabung kutipan bagi mengenangkan seorang anak muda yang maut ketika memberi perlindungan kepada jemaah di sebuah gereja pada Krismas tahun 2000 di mana berlaku serangan bom kini mencecah RM30, 000 (106 juta Rupiah).

Pemuda Muslim yang dikenali sebagai Riyato, 25, itu meninggal dunia pada 24 Disember, 2000 ketika membantu meronda dan mengawal gereja Eben Haezer di Mohokerto, Jawa Timur.

Susulan pengorbanannya itu satu inisiatif kutipan dana dilancarkan dengan matlamat untuk mengumpul hanya 50 juta rupiah.

Riyanto merupakan anggota sayap muda kumpulan Islam terbesar di Indonesia, iaitu Nahdlatul Ulama (NU) yang dikenali sebagai Barisan Ansor Pelbagai Guna atau Banser.

Sewaktu Allahyarham meronda di sekitar kawasan gereja bersama empat lagi anggota pada petang sebelum Krismas beliau dimaklumkan tentang penemuan sebuah kotak hitam.

Riyanto membuka kotak tersebut dan mendapati dalamnya beberapa wayar elektrik, lapor akhbar The Jakarta Post.

Beliau tanpa berfikir panjang melekapkan tubuhnya pada kotak tersebut dan menyuruh semua ahli jemaah gereja menjauhkan diri dan meniarap. Bom tersebut meletup dan Riyanto maut. Letupan turut menyebabkan kerosakan pada dinding batu gereja.

Bagi mengenangkan tindakannya yang mulia itu akaun Twitter Katolik Garis [email protected] telah menubuhkan satu usaha mengumpul dana.

Dana tersebut bertujuan untuk menghadiahkan keseluruhan kutipan kepada keluarga Riyanto dan empat kawannya yang turut bertugas pada masa itu.

Menurut platform kutipan dana, Kitabisa apa yang dilakukan oleh Riyanto “mengingatkan kita bahawa sebagai manusia kewajipan kita tidak seharusnya berubah disebabkan perbezaan. Justeru, kekayaan kepelbagaian adalah warna-warna kehidupan sebagai rakyat Indonesia.”

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here