Sofia penulis skrip ingin bina empayar ‘mooncake’

0
927
KINI Sofia J Rhyland... daripada seorang penulis skrip kini mengusahakan Mooncake Laluna BySofia

Oleh MUZLINA ABU BAKAR

PEPATAH ada mengatakan sekali air bah, sekali pantai berubah. Dan mungkin pepatah ini amat sesuai buat penulis skrip prolifik, Sofia J Rhyland.

Sebabnya setelah sekian lama menceburi bidang penulisan skrip dan telah menghasilkan lebih 200 skrip drama antaranya Leftenan Zana, Pia dan yang terbaru, Sara Sajeeda, kini Sofia mula mengorak langkah sebagai seorang ‘businesswoman’ pula.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah wanita bertubuh kecil dan ‘nenek’ kepada seorang cucu lelaki ini sudah jemu dengan bidang penulisan sehingga menceburi satu bidang baru yang pastinya banyak cabaran.

Namun bagi Sofia yang pernah menjadi Setiausaha kepada Datuk Nasser Abu Kassim ketika di Warner Music pada tahun 1991, beliau memang sukakan cabaran.

Baginya, meskipun bidang penulisan skrip memberinya kepuasan apalagi pernah memenangi Anugerah Skrin dan Anugerah Telenovela, namun bidang perniagaan makanan memberi cabaran dan daya tarikan yang amat kuat buat dirinya.

Sofia, 49, ibu kepada lima orang anak ketika ditemui baru-baru ini memberitahu walaupun minatnya dalam bidang penulisan skrip masih segar namun jiwanya ingin mencuba sesuatu yang kini menjadi minatnya sejak tahun lalu.

SOFIA J Rhyland (kanan)’penulis skrip drama bersiri Leftenan Zana bersama pelakon utamanya, Janna Nick.

Bukan itu sahaja, malah “Aku, Dia dan Pinky Promise” skrip drama hasil garapannya sebanyak 13 episod akan mula ditayangkan di TV Okey pada 25 Januari ini.

Bukan itu sahaja, malah “Aku, Dia dan Pinky Promise” skrip drama hasil garapannya akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

“Saya masih menulis skrip filem dan drama kerana itu memang minat saya. Tetapi pada waktu yang sama saya memang sukakan sesuatu yang baru dan mencabar minda dan kemampuan saya,” kata Sofia yang pernah menghasilkan skrip
“Cinta Paling Agong” arahan Hanung Bramantyo.

Sofia yang menceburi bidang penulisan skrip atas galakan pelakon Aida Khalida pada tahun 2004, memulakan perniagaan mooncake (kek bulan) secara kecil-kecilan pada tahun 2018.

Ketika itu, Sofia sekadar menerima tempahan untuk majlis-majlis tertentu daripada rakan-rakan setelah mereka merasai betapa sedapnya mooncake resipi tradisional yang dibuat oleh Sofia bersama rakan kongsinya, Sarah.

Bagaimanapun sejak awal Disember lalu dengan bermodalkan RM1,500, Sofia bersama suaminya, Rhyland dan rakan kongsinya, Sarah yang bersuamikan seorang mualaf mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan ini.

Menurut Sofia, beliau sendiri tidak menduga bermula daripada ‘zero’ tanpa pinjaman daripada bank dan dengan modal yang terlalu kecil, dalam tempuh empat hari ianya membawa kearah kejayaan.

“Asalnya saya membuat mooncake ini apabila menerima tempahan untuk majlis-majlis tertentu dan untuk dihantar ke rumah kebajikan. Sejak itu saya menerima tempahan tanpa henti.

“Saya melihat industri makanan ini mempunyai masa depan yang cerah apalagi saya mengusahakan makanan masyarakat Cina yang halal.

“Bayangkan dalam tempuh empat hari sejak Isnin lalu, kini kami sudah mempunyai pejabat dan empat orang pekerja yang menguruskan logistik, akaun dan pentadbiran.

“Kini saya sedang mencari premis bakeri untuk memulakan perniagaan kek bulan ini secara besar-besaran,” kata Sofia.

Mooncake Laluna Bysofia dengan texturenya yang lembut dan boleh tahan selama tiga bulan dibuat dalam pelbagai perisa (inti) kacang merah, kacang hijau, pandan, telur asin dan yang terbaru snow mooncake.

Bagi memastikan produknya sentiasa mendapat sambutan setiap hari Jumaat, Mooncake Laluna Bysofia akan muncul dengan perasa baharu.

“Saya dan rakan kongsi mahu menjadi Bumiputera pertama yang menerokai makanan Cina yang halal disamping menjadi trendsetter mooncake dalam pelbagai rasa,” kata Sofia yang menerima tempahan 100 pack setiap hari yang dijual pada harga RM10 dan RM12.

Beliau memberitahu Mooncake Laluna Bysofia mencari premis bakeri dalam usaha memperbesarkan perniagaannya disamping mendapatkan sijil halal.

Disamping menceburi bidang ini kerana minat, Sofia pengasas Sisters of Quran yang mempunyai ahli seramai 30 orang banyak melakukan kerja-kerja kebajikan dan telah mewakafkan lebih 3,000 naskah al-Quran keseluruh negara termasuk Korea, memerlukan pendapatan tetap untuk tujuan amal.

“Insyaa-Allah dengan izin-Nya saya ingin melebarkan sayap dalam industri makanan berasaskan mooncake hingga ke luar negara.

“Saya yakin impian saya untuk memiliki empayar sendiri dalam perniagaan mooncake bukan satu angan-angan dan jika diusahakan secara jujur dan ikhlas, ianya akan menjadi kenyataan,” kata Sofia J Rhyland dengan penuh yakin.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here