Banjir, tanah runtuh: 19 maut, lebih 19,000 dipindahkan di Jakarta

0
294

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

BANJIR teruk di Jakarta telah meragut sekurang-kurangnya 19 nyawa dan memaksa beribu penduduk lari meninggalkan rumah mereka berikutan hujan lebat dari petang Selasa hingga pagi Rabu.

Selain kawasan kediaman banjir juga menenggelami kawasan komersial di berapa daerah ibu negara Indonesia itu.

Pagi tadi akhbar The Jakarta Post memetik Kementerian Hal Ehwal Sosial Indonesia mengesahkan 19 kematian dan sedang berusaha untuk mengesahkan dua lagi.

Daripada 19 mangsa itu, 11 adalah dari kawasan Bogor.

Tujuh mangsa berusia antara 5 hingga 60 tahun dihanyutkan oleh air deras di Kampung Sinar Harapan, Kampung Harkat Jaya di daerah Sukajaya.

Kawasan Jakarta Timur dan Depok merekodkan tiga mangsa, sementara Jakarta Tengah dan Bogor masing-masing melaporkan satu kematian.

Jurucakap Polis Jakarta berkata seorang remaja lelaki, Alvico Ardana dilaporkan maut terkena renjatan elektrik apabila air banjir memasuki ke sebuah kompleks kediaman di Kemayoran, Jakarta Tengah semalam.

Sementara itu, Gabenor Jakarta Anies Baswedan mengarahkan supaya keutamaan diberi kepada beberapa kawasan di Jakarta Timur untuk dipindahkan penduduk, termasuk daerah Cawang, Kayu Putih dan Cakung.

Pihak berkuasa menganggarkan lebih 19,000 orang telah lari meninggalkan rumah mereka di Jakarta kerana banjir.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here