Dr Mahathir terima peletakan jawatan Maszlee sebagai menteri pendidikan

0
634
MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik melambai tangan kepada jurugambar selepas mengumumkan peletakan jawatanya sebagai Menteri Pendidikan pada sidang media khas yang diadakan di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan yang berkuat kuasa esok.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata Maszlee telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan kepada beliau pada hari ini.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota Kabinet.

“Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” katanya.

Dalam sidang media di Kementerian Pendidikan, Maszlee mengumumkan peletakan jawatan selepas 20 bulan mengemudi kementerian tersebut.

— BERNAMA

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here