TULAR! Video langsung tak masuk akal

0
412

SEBUAH video yang dimuat naik ke YouTube dirasai oleh ramai penonton sebagai tidak logik.

Video tersebut memaparkan aksi seorang lelaki yang menurut kapsyen berlaku di China ketika dia didakwa cuba mencuri daripada sebuah mesin ATM.

Bagaimana pun nampak jelas bahawa dia belum pun cuba memecah masuk ke ATM untuk mencuri, tetapi video yang siap diedit dengan sticker maya untuk menutup wajah ‘pencuri’ tersebut menggambarkannya sebagai ‘perompak.’

Selain itu kapsyen di bawah video tersebut menggunakan bahasa Inggeris yang begitu teruk.

Dalam keadaan media sosial digunakan dengan meluas untuk menyebarkan pelbagai berita, foto dan video palsu, video yang ini juga begitu mudah dipercayai mereka yang tidak berfikir lebih mendalam.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here