Kenali 5 lokasi memancing terbaik di Selangor

0
322
TANJONG harapan/Foto: BebasNews/AAS.

Oleh ARRAZAQ NAZRI

SHAH ALAM – Aktiviti memancing bukanlah bertujuan melarikan diri dari realiti kehidupan, tetapi ia lebih mendalam dari itu.

Menurut Jabatan Komunikasi Korporat Tourism Selangor (JKKTS), bagi memberi pengalaman sebenar memancing di negeri ini, pihaknya ingin memperkenalkan lima lokasi terbaik untuk aktiviti memancing di Selangor.

“Lokasi pertama adalah Tanjung Harapan, Port Klang. Tanjung Harapan yang juga dikenali sebagai ‘Cape of Good Hope’ terletak di Pelabuhan Klang, Selangor.

“Ia adalah pantai seluas 2 km yang bersempadan dengan Pelabuhan Klang Golf Resort dan merupakan sebuah oasis yang tenang di tengah-tengah kawasan perindustrian dan terminal perkapalan yang sibuk.Tanjung Harapan juga merupakan tempat yang sangat cantik untuk menyaksikan matahari terbenam sambil memancing, “jelasnya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut kenyataan JKKTS tersebut, lokasi kedua untuk pemancing adalah Pulau Ketam, Port Klang.

Jelas JKKTS lagi, Pulau Ketam adalah sebuah pulau yang didiami majoriti berbangsa Cina dari kaum Teochew dan Hokkien.

PULAU Ketam / Foto: Wikimedia Commons / Frostpolar [CC BY-SA 4.0 (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0)]
“Pulau ini adalah pulau bakau yang dikelilingi oleh kawasan berlumpur yang rata.Terdapat empat perkampungan nelayan yang terdiri daripada Perbandanan Pulau Ketam, Bagan Teo Chew, Sungai Lima dan Sungai Dua.

“Untuk ke Pulau Ketam anda perlu menaiki feri dari jeti Pelabuhan Klang dengan tiket sehala adalah RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak, manakala RM18 untuk
dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak bagi tiket dua hala, “katanya.

Seterusnya kaki pancing boleh ke lokasi memancing ke tiga iaitu di One Fanthom Bank, Kuala Selangor juga dikenali sebagai Pematang Sedepa.

Lebih menarik, terdapat dua One Fanthom Bank Lighthouse yang lama dan yang baharu- keduanya menghadap antara satu sama lain.

ONE fathom Lighthouse/Foto: Wikimedia Commons/ ighosts from Malaysia [CC BY 2.0 (https://creativecommons.org/licenses/by/2.0)]
“Pengunjung kebanyakannya datang ke sini dalam kumpulan untuk aktiviti memancing dan menikmati pemandangan yang menakjubkan dari One Fanthom Bank. Untuk sampai ke sini, anda perlu mengambil bot dari jeti Pelabuhan Klang atau Tanjung Harapan dan kosnya bergantung kepada bot dan syarikat yang menawarkan penyewaan bot,”katanya.

Jika inginkan cabaran, lokasi ke empat untuk kaki pancing adalah di Pantai Jeram, Kuala Selangor yang mana ia adalah kawasan pantai tepi laut yang sangat terkenal dengan pengunjung yang datang ke sini dalam jumlah yang besar semasa hujung minggu dan cuti umum.

Pantai tersebut jelas JKKTS lagi, adalah sepanjang 2 km dan terdiri daripada pasir, banyak batu dan kerang yang diwarnai oleh banyak pokok Casuarina.

PANTAI Jeram / Foto: BebasNews/AAS.

Manakala untuk pengalaman memancing yang baru, kaki pancing boleh memilih lokasi kelima di Pulau Angsa, Kuala Selangor yang terletak di luar pantai Kuala Selangor.

“Ia adalah pulau hijau yang subur dan memegang banyak sejarah bangsa Bugis yang merupakan peneroka awal di situ.

“Mengambil masa dua jam dari Shah Alam ke jeti Pangkalan Jeram iaitu medan ikan bakar. Anda perlu mengambil bot untuk pergi ke Pulau Angsa,terdapat sebilangan nelayan yang boleh membawa anda ke Pulau Angsa, akan tetapi bayaran adalah bergantung kepada tetapan nelayan-nelayan tersebut, “katanya.

Ikan yang mungkin anda bawa pulang terdiri daripada ikan Fourfinger Threadfin, Mackerel Sepanyol, Golden Snapper dan banyak lagi.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here