Tiga penuntut Malaysia cedera dalam rompakan di Afrika Selatan

    0
    399

    KUALA LUMPUR — Tiga penuntut Malaysia di University of Newcastle cedera dalam insiden rompakan di Newcastle, Durban, Afrika Selatan pada Jumaat.

    Wisma Putra menerusi kenyataan malam ini memaklumkan dalam kejadian itu, seorang mangsa telah ditembak di bahagian kaki manakala dua lagi ditikam.

    “Kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital tempatan untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” menurut kenyataan itu.

    Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sedang memantau keadaan terkini kesemua mangsa dan akan menghulurkan bantuan sewajarnya.

    BERNAMA

    penuntut, Malaysia, tikam, tembak, cedera, Afrika Selatan

    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here