PALSU: Video Mukhriz letak jawatan adalah video lama

0
1223

Oleh FETTY RARA

VIDEO YouTube yang sedang tular kononnya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengumumkan peletakan jawatan beliau bukan video baharu tetapi video lama bertarikh 2 Februari, 2016.

Adalah dipercayai bahawa video tersebut ditimbulkan semula dan ditularkan bagi meyakinkan orang ramai yang mudah percaya bahawa beliau sebenarnya telah meletakkan jawatan sekarang berikutan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan minggu lalu.

Penularan semula video terbaharu ini merupakan bagi memantapkan berita tidak benar bahawa Mukhriz  akan bertukar jawatan.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here