Jangan buang masa polis tahun ini, KPN beritahu pemimpin politik

    0
    322
    KETUA Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador pada Sidang Media Khas Ketua Polis Negara Pencapaian 2019 dan Perancangan 2020 Polis DiRaja Malaysia di Dewan Theatrette, Bukit Aman. NSTP/ MOHD YUSNI ARIFFIN

    KUALA LUMPUR — Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengingatkan ahli dan pemimpin politik seluruh negara supaya tidak lagi melakukan aktiviti yang merugikan masa polis tahun ini hingga menyebabkan tenaga anak buahnya dibazirkan untuk perkara remeh.

    Hamid berkata, tugas utama polis adalah untuk mengekang serta membanteras aktiviti jenayah dan dadah yang memberi kesan kepada keselamatan rakyat dan keharmonian dalam negara.

    “Saya merayu semua ahli dan pemimpin politik supaya memahami dinamika negara. Kita hidup pelbagai kaum, agama, jadi gunakan kepelbagaian kita untuk jana kekuatan.

    “Pemimpin dan ahli politik, gunakanlah kebijaksanaan. Tidak ada masalah yang tidak dapat di atasi. Jangan lakukan aktiviti untuk sakitkan hati orang lain dan kemudiannya mencabar orang lain,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here