Pelancong marah kena caj masuk RM20 ke Fort Cornwallis tapi dalam penuh dengan kerja pembinaan

0
1288

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

RAMAI pelancong luar yang berkunjung ke Pulau Pinang rasa terkilan apabila masuk ke Fort Cornwallis, George Town dan mendapati di dalamnya sebahagian besar tapak sedang dilakukan kerja-kerja pembinaan.

Seorang pelancong dari Scotland, Dale Philips nyata begitu marah dengan keadaan di situ baru-baru ini kerana untuk sekadar melihat sebahagian kecil tapak sejarah beliau terpaksa membayar RM20.

Dale, seorang vlogger pengembaraan antarabangsa yang popular dalam talian berkata pihak berwajib seelok-eloknya menasihatkan operator kota tersebut supaya tidak mengenakan caj sedemikian kepada orang ramai kerana tiada apa-apa yang boleh dimanfaatkan secara menyeluruh dari segi pengalaman sejarah.

Sementara itu beberapa pelawat yang berkunjung ke lokasi itu turut melahirkan rasa kesal dengan keadaan sedemikian.

Tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia 2020 tetapi apa yang ketara seolah-olah tiada koordinasi di antara pihak berkuasa pelancongan pusat dan Pelancongan Pulau Pinang, justeru boleh menjejaskan imej Malaysia.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here