CEO Prasarana digantung tugas, CEO MAHB letak jawatan

0
655

PRESIDEN dan CEO Prasarana Mohamed Hazlan Mohamed Hussain digantung tugas manakala CEO Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Raja Azmi Raja Nazuddin pula meletakkan jawatan.

Mohamed Hazlan Mohamed digantung tugas berikutan keputusan lembaga pengarah firma milik kerajaan itu.

Menurut The Malaysian Insight, keputusan diambil pada 24 Disember, disebabkan oleh “ketidakpuasan hati orang awam” terhadap perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT), yang dikendalikan Prasarana.

Sementara itu, laporan tersebut mengatakan tugas Hazlan akan dipangku oleh ketua pegawai operasi Prasarana, Nizam Alias.

Apabila dihubungi, seorang pembantu Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan bahawa menteri menyedari keputusan itu dan menegaskan bahawa ia dibuat oleh lembaga syarikat.

Namun, Prasarana masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai sebarang perubahan peranan. Malaysiakini telah menghubungi Prasarana bagi mendapatkan reaksinya.

Hazlan dilantik pada 3 Sept, 2018.

https://www.malaysiakini.com/news/506181
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here