Laluan Tokyo 2020 Peng Soon-Liu Ying semakin cerah

0
174

KUALA LUMPUR – Pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menjadi wakil tunggal negara mara ke separuh akhir dalam acara itu di kejohanan Malaysia Masters selepas gandingan Goh Soon Huat-Shevon Lai terkandas hari ini.

Dalam kejohanan bertaraf Siri Jelajah Super 500 itu, Peng Soon-Liu Ying menundukkan pasangan Jepun, Takuto Hoki-Wakana Nagahara 21-15, 21-18 sekali gus mencerahkan laluan ke saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pasangan yang menghuni ranking keenam dunia itu perlu meraih beberapa keputusan cemerlang dalam beberapa siri kejohanan termasuk All England sebelum tarikh tutup kelayakan Sukan Olimpik pada penghujung April ini.

“Bukan kata kami pasangan terbaik negara dengan keputusan seperti ini tetapi kami perlukannya untuk mencari tempat di Sukan Olimpik kerana itu sasaran utama tahun ini.

“Kami perlu berada di separuh akhir atau lebih baik dalam beberapa kejohanan selepas ini termasuk Indonesia Masters dan All England serta beberapa kejohanan lain.

BAJU kuning, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia Super 500 Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini. – Foto/Asiana

“Kalau boleh, kami mahu sahkan tempat lebih awal (ke Sukan Olimpik Tokyo),” kata Peng Soon.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi gandingan Soon Huat-Shevon selepas gagal mengiringi rakan senegara mereka ekoran tewas 11-21, 9-21 kepada pilihan No.1 dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Soon Huat mengakui kegagalan menandingi kepantasan Si Wei-Ya Qiong membuatkan mereka sering melakukan kesilapan mudah semasa bertahan dalam perlawanan itu.

“Kami kalah dari segi kepantasan, kami lebih banyak bertahan dan mereka mengambil kesempatan itu bagi mencari mata.

“Bagaimanapun, ini tetap permulaan yang baik untuk 2020 dan ada beberapa perkara perlu diperbaiki khususnya dari segi kepantasan serta ketahanan,” katanya.

BAJU biru, Gandingan Goh Soon Huat-Shevon Lai terkandas di suku akhir Siri Jelajah Dunia Super 500, Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil. – Foto/Asiana

 

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here