MARA: Patut tambah baik bukannya ditutup

0
214

SHAH ALAM – Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini didakwa lebih banyak menyusahkan rakyat terutamanya orang Melayu termasuk generasi akan datang apabila menutup semua pelaburan dan perniagaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, setelah berpuluh tahun MARA ditubuhkan pencapaian dan kecemerlangan MARA begitu baik sekali. Sekarang bidang perniagaan itu ingin ditutup dengan alasan Melayu tidak pandai berniaga kononnya.

“Ini adalah tanggapan yang salah, sepanjang MARA ditubuhkan kos pendidikan kepada pelajar sangat minima. Biasiswa-biasiswa tajaan penuh MARA juga diberikan terus dan telus. Ini adalah berpunca dari punca kewangan dan kestabilan kewangan MARA dari sektor bidang perniagaan yang MARA ceburi,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Mat Nadzari berkata, kerajaan sepatutnya memikirkan penambahbaikan atau melabur kepada bidang yang lebih menguntungkan, tetapi tindakan mereka (PH) hari ini sangat bertentangan dan menyimpang jauh dari janji-janji manifesto “PENDIDIKAN PERCUMA” PRU14 mereka.

Katanya lagi, kerajaan sekarang cuba untuk menswastakan pendidikan di bawah MARA jika tiada sumber kewangan, kesan yang kritikal ialah kos pembelajaran setiap pelajar akan meningkat. Soalnya, mampukah kerajaan menampung kos pengurusan pendidikan dalam jangka masa panjang?

“Oleh itu saya berpendapat, Kerajaan PH ini berusaha untuk lebih menyusahkan rakyat sekarang ini terutamanya orang Melayu, ibubapa sekarang ini serta generasi akan datang,” kata Mat Nadzari.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here