Saya tidak percaya Momota

1
5073

KUALA LUMPUR – “Saya tidak percaya dia tidak cergas.”

Itu reaksi perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia ketika diminta mengulas mengenai pertemuannya dengan juara dunia yang juga pemain No.1 dunia, Kento Momota di separuh akhir Malaysia Masters, di Axiata Arena, Bukit Jalil, esok.

Zii Jia melangkah ke saingan empat terbaik selepas menyingkirkan pilihan ketujuh dari China, Shi Yuqi 12-21, 21-16, 21-19 untuk bertemu Momota buat kali keenam dengan rekod kemenangan 100 peratus milik bintang Jepun itu.

Difahamkan, Momota sudah menarik diri daripada kejohanan di Indonesia, minggu hadapan ekoran masalah kecergasan.

“Saya rasa dia tipu, saya tidak percaya, dia cakap dia tidak cergas tetapi dia menang semua perlawanan di sini dengan mudah,” kata pemain kelahiran Alor Setar berusia 22 tahun itu.

Zii Jia berkata, peluang untuk menang itu tetap ada tetapi dia perlu menandingi stamina serta ketahanan Momota semasa perlawanan selain kurang melakukan kesilapan.

“Boleh menang kalau saya laju macam (Anthony) Ginting atau kurang buat kesilapan berbanding Momota,” katanya.

Mengulas mengenai aksi suku akhir hari ini, Zii Jia mengakui permainannya sangat luar biasa berbanding sebelum ini terutama selepas menyingkirkan pemain berstatus pilihan.

Katanya, pada set pertama dia gagal mengeluarkan strategi permainan yang diinginkan sebelum bangkit dalam dua set berikutnya dengan aksi lebih meyakinkan.

“Dalam set ketiga sewaktu terikat 18-18 memang saya gugup dan sedia menerima kekalahan selain mata terakhir boleh dikira sebagai sangat bertuah.

LEE Zii Jia akan bertemu Kento Momota dalam aksi separuh akhir Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil, esok. – Foto/Asiana

“Yuqi merupakan pemain berpengalaman, walaupun kecederaan kakinya masih belum pulih tetapi permainannya tetap hebat seperti sebelum ini.

“Bagaimanapun, permainan saya hari ini sangat luar biasa dan saya akan bermain seperti ini ketika bertemu Momota,” katanya.

– BebasNews

Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here