Dengar sendiri Shreya Ghoshal menyanyi

0
166

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 

FILEM Devdas lakonan Shah Rukh Khan, Aishwarya Rai dan Madhuri Dixit yang diarah oleh Sanjay Leela Bhansali itu mendapat sambutan hangat pada 2002.

Anda tahu tak siapa penyanyi yang meminjamkan suaranya untuk watak Paro, lakonan Aishwarya ketika itu.

Penyanyi latar itu mendendangkan lima buah lagu dalam filem Devdas.

Antara lagu yang didendangkan adalah Silsila Ye Chaahat Ka, Bairi Piya, Chalak Chalak, Morey Piya dan Dola Re Dola. Siapa sangka Shreya Ghoshal, yang berusia 16 tahun ketika itu mendapat kepercayaan pengarah muzik filem tersebut, Ismail Darbar.

Ternyata pilihan yang dibuat oleh pengarah muzik tersebut tepat sekali kerana ketika ini nama Shreya Ghoshal, 36, adalah di antara penyanyi latar yang paling popular.
Namanya bukan sekadar menjadi bualan kalangan peminat filem Bollywood saja, malah kehadirannya dinanti oleh semua pihak yang ingin melihat beliau menyanyi secara langsung.

SHREYA Ghoshal sewaktu sidang media menerusi Skype baru-baru ini.

Peminat di Malaysia beruntung kerana penganjur Hitman Solutions dengan kerjasama Standard Chartered Malaysia akan membawa penyanyi bersuara merdu itu untuk menjayakan Shreya Ghoshal Live in Malaysia 2020 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 23 Februari depan.

Pada sidang media yang diadakan menerusi Skype, baru-baru ini, penyanyi itu berkata, sudah lama penganjur mengajaknya mengadakan konsert di Malaysia, tapi terpaksa ditolak kerana jadual kerjanya yang padat.

“Bila sudah ada peluang begini, saya begitu teruja kerana saya dapat tahu di Malaysia ramai peminat filem Hindi dan Tamil. Jika berkesempatan berlatih saya juga mahu menyanyikan lagu Melayu.

“Untuk persembahan nanti, saya hanya akan diiringi oleh beberapa pemuzik dan saya tidak memerlukan barisan penari untuk menjayakan konsert ini. Saya tahu anda semua datang nak dengar suara saya,” katanya yang boleh menyanyi dalam pelbagai dialek India.

MENDAPAT banyak anugerah sepanjang terlibat dalam seni.

Populariti Shreya tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak kerana sepanjang bergiat dalam bidang ini sejak 1998, beliau telah dicalon untuk anugerah sebanyak 494 kali dan telah memenagi 150 daripadanya.

Antara anugerah yang diraih oleh Shreya adalah empat kali untuk National Film Awards, Kerala State Film Awards, Tamil Nadu State Film Awards dan Filmfare Awards temasuk enam kali dinobat sebagai Best Female Plyaback Singer.

Selain itu, Shreya juga merupakan penyanyi India pertama yang patung lilin wajahnya dipamerkan di Madame Tussauds Museum pada 2017.

Bagi yang ingin menonton persembahan Shreya secara langsung boleh membeli tiket yang dijual pada harga serendah RM150 hingga RM1,500 sejak 6 Januari lalu menerusi www.myticket.asia. Untuk tempahan boleh hubungi talian, +601 2501 5783  atau +601 2380 5783.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here