Perjalanan Malaysia terhenti di separuh akhir

0
277
LEE Zii Jia gagal ke final Malaysia Masters selepas tewas kepada juara dunia yang juga pemain No. 1 dunia, Kento Momota dalam aksi separuh akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil.

KUALA LUMPUR – Perseorangan No.1 negara, Lee Zii Jia gagal ke aksi final kejohanan badminton Malaysia Masters selepas ditunjukan jalan keluar oleh juara dunia, Kento Momota, hari ini.

Dalam aksi di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, Zii Jia banyak melakukan kesilapan mudah selain tidak mampu menyaingi kepantasan pemain No.1 dunia itu dan terpaksa akur dengan keputusan 10-21, 19-21.

Berbanding aksi semalam ketika menentang Shi Yuqi, Zii Jia kerap melakukan kesilapan di hadapan jaring selain tidak berjaya bertahan dengan baik.

Pemain berusia 22 tahun itu mengakui permainannya masih jauh berbanding bintang Jepun itu namun dia mahu segera mengalihkan tumpuannya ke saingan di Indonesia dan Thailand.

Katanya, banyak aspek perlu diberikan perhatian bagi membolehkan dia menjadi antara pemain handalan dunia lain pada masa akan datang.

BEREGU campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tidak berjaya meneruskan kemaraan ke final Malaysia Masters selepas tewas di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

“Saya tidak boleh nak cakap apa-apa, Momota jauh lebih baik dan dia sentiasa tenang selain menikmati setiap masa di dalam gelanggang.

“Set kedua saya kejar sampai mata ke-19 tetapi dia sedikit pun tidak tertekan sebaliknya terus tenang, apa pun saya kena move on cepat kerana saya ada dua lagi kejohanan selepas ini,” katanya.

Malaysia juga tidak memiliki sebarang wakil di final kejohanan bertaraf Siri Jelajah Super 500 itu selepas pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas 10-21, 13-21 kepada pilihan kedua dari China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping.

Disebalik keputusan itu, Liu Ying tetap berpuas hati dengan pencapaian mereka dan berharap mereka akan melangkah ke final di Indonesia Masters, minggu hadapan.

“Permainan hari ini memang tidak mencapai standard kami, mereka boleh membaca setiap gerakan kami dan kami tewas dari segi kepantasan.

“Apa pun saya tetap berpuas hati dan harap boleh dapat keputusan lebih baik selepas ini (di Indonesia Masters),” katanya.

– BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here