Robot mampu buat 300 piza dalam sejam

0
141
FOTO: Katie Collins/CNET.

CANGGIH… Teknologi robotik yang muncul dalam pameran gajet terkenal antarabangsa, Consumer Electronic Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) memang hebat.

Malahan, acara tahunan anjuran Persatuan Teknologi Pengguna AS di Pusat Konvensyen Las Vegas sejak 1967 itu memang dinantikan pelbagai pihak yang teruja dengan produk canggih.

Terbaharu, CES jadi tumpuan apabila ia pamer sebuah robot pembuat piza dihasilkan sebuah firma tempatan, Picnic berpangkalan di Seattle dan dijangka dijual menjelang akhir tahun ini.

Meskipun harga bagi sekeping piza dibuat robot tersebut agak mahal berbanding di pasaran, orang ramai yang kelaparan tidak peduli beratur ambil peluang rasai makanan segera itu.

“Ia tidak teruk,” kata McCord Fitzsimmons, yang sanggup bayar AS$7.50 (RM30.60) hanya untuk nikmati satu potong piza pepperoni ketika robot itu tekun bekerja keras di belakang kaunter.

Bahkan dia turut menambah: “Ia sesuatu yang unik apabila kita diberikan peluang untuk menyaksikan sendiri secara langsung cara robot hebat ini gigih melakukan kerjanya.”

Robot yang sebenarnya lebih menyerupai barisan pemasangan berperingkat itu dikatakan boleh menghasilkan sehingga 300 kepingan piza bersaiz pai 12 inci dalam tempoh satu jam.

Harga yang tinggi dikenakan terhadap pelanggan menurut Ketua Pegawai Eksekutif Picnic, Clayton Wood jelas tidak ada kena mengena pun dengan kos pembuatan robot tersebut.

Namun tenaga manusia masih diperlukan untuk buat makanan itu dengan seorang pekerja akan beritahu robot apa jenis piza dan kemudian bawa lapisan kerak beku roti menuju ke tali sawat.

Wood menerangkan bahawa robot berkenaan bakal atasi masalah kekurangan tukang masak piza dihadapi kebanyakan restoran yang cuma mampu buat setakat 250 keping sehari.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here