Nahas pesawat UIA: Penunjuk perasaan kecam ‘pembohongan’ Iran

0
262
GAMBAR: Twitter.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

BERATUS penunjuk perasaan berkumpul di Tehran malam tadi untuk membantah apa yang mereka sifatkan sebagai pembohongan kerajaan Iran berhubung nahas pesawat Boeing 737-800 Ukraine International Airlines (UIA) yang terhempas minggu lalu.

Penunjuk perasaan yang sebahagian besarnya terdiri daripada pelajar universiti menyuarakan kemarahan dan menggelar para pegawai Iran pembohong kerana menafikan penembakan jatuh pesawat tersebut.

Menurut bbc.com tunjuk perasaan diadakan di sekurang-kurangnya dua universiti dengan polis pencegah rusuhan melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata.

Iran semalam mengaku bahawa pesawat tersebut ditembak jatuh dengan ‘tidak sengaja’, tiga hari selepas kejadian yang menyebabkan kematian kesemua 176 penumpang.

Pesawat UIA penerbangan PS752 yang sedang menuju Kyiv, Ukraine ditembak jatuh pada Rabu berhampiran Lapangan Terbang Imam Khomeini, Iran sejurus setelah berlepas.

Kejadian berlaku hanya beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke arah dua pangkalan tentera udara AS di Iraq.

Serangan tersebut adalah sebagai reaksi kepada pembunuhan menggunakan dron ke atas pemimpin tertinggi tentera Quds Iran, Qasem Soleimani.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here