PH bakal kecundang bila Melayu-Islam bersatu

0
406

MERDEKA Centre baru terbitkan kajian perkembangan politik Malaysia dan kemajuannya yang berjudul “Malaysia Political Developments and Trajectories Update – January 2020”.

Satu dapatan menarik adalah sokongan pengundi Melayu dan kesan permuafakatan PAS dan Umno terhadap politik masa depan negara.

Diperakui bahawa kemenangan PH dalam PRU ke-14 lalu bertenggek pada kekuatan sokongan masyarakat bukan Melayu rata-ratanya, paling kuat di kawasan bandar.

PH sekadar meraih 22.3 peratus undi popular Melayu manakala BN dapat 43.5 peratus dan PAS 34 peratus.

Menurut laporan ini jika trend begini kekal, dan muafakat BN dan PAS pula berkekalan hingga PRU15 maka PH akan berhadapan masalah untuk mempertahankan kuasa.

PH berhadapan ancaman di 122 kerusi majoriti Melayu dan dengan trend sentimen benci dan marah orang Melayu terhadap PH yang berterusan, BN dan PAS dijangka dapat menumbangkan PH dengan kekuatan sokongan pengundi Melayu.

PRK Cameron Highlands dan terakhir Tanjong Piai adalah bukti betapa BN dan PAS telah berjaya memenangi keyakinan dan sokongan majoriti pengundi Melayu melalui kerjasama politik mereka.

Kegagalan PH mengubati ketidakpuasan hati pengundi Melayu, dan keupayaan PAS dan Umno terus memperkukuhkan Muafakat Nasional hampir pasti akan menamatkan riwayat PH pada PRU ke 15 nanti.

Kerana itu terdapat pimpinan PH yang menolak dan memperlekehkan kajian terbaru Merdeka Centre ini sedangkan satu ketika dahulu Merdeka Centre lah kiblat mereka.

Apapun yang penting kuasa politik Melayu mesti bersatu, dan dari penyatuan kekuatan ini kita cetuskan perubahan demi maruah dan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta.

https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/08/ph-bakal-kecundang-bila-melayu-islam-bersatu/

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here