Oleh FETTY RARA

BOS Air Asia berkata kini sudah tiba masanya untuk menutup akaun Twitternya kerana media sosial sekarang dipenuhi dengan kemarahan.

Beliau berkata dahulu beliau amat suka Twitter, tetapi kini platform media sosial itu membawa terlalu banyak perkara negatif, kepalsuan dan kemarahan.

Bermula dengan penarikan diri daripada Facebook yang dikatakan amat melegakan dirinya, kini dengan menutup akaun Twitter keselesaannya semakin bertambah, kata beliau dalam satu tweet hari ini, lapor The Star.

Fernandes menutup akaun Facebooknya pada Mac tahun lalu kerana apa yang disifatkannya sebagai platform yang banyak digunakan untuk menyalurkan kebencian selepas paparan ‘live’ serangan ganas ke atas dua masjid di New Zealand.

Bagi beliau dalam media sosial sekarang terdapat lebih banyak elemen kebencian berbanding kebaikan.

Akaun Twitter Fernandes mempunyai 1.3 juta pengikut dan beliau sehingga kini telah menghantar lebih daripada 21,400 tweet sejak mula mendaftarkan diri pada 2008.

Sehingga berita ini dilaporkan, akaun Twitter beliau masih aktif.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here