ADUN Dengkil nafi tular mengenai dirinya ditangkap dadah

    0
    483

    KUALA LUMPUR –Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah menafikan maklumat tular di media sosial mengenai beliau ditangkap polis selepas didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan sekitar Damansara di sini, semalam.

    Sebaliknya ketika dihubungi Harian Metro jam 10.17 pagi tadi berkata, beliau akan membuat siaran media dalam waktu terdekat bagi menjelaskan perkara berkenaan.

    Ketika dihubungi wartawan, Adif Syan, 39, memberitahu berada di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong dan turut akan melakukan laporan polis berhubung tular palsu itu.

    “Kalau page yang viral itu memang palsu la. Saya akan berjumpa dengan Tan Sri untuk dapatkan pandangan.,” katanya.

    Terdahulu, tular seorang ADUN Selangor dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi, semalam.

    Mereka yang berusia antara 26 hingga 53 tahun, termasuk enam wanita itu ditahan pada jam 4.45 petang di sebuah kondominium di Jalan Puchong, di sini.

    Menurut sumber, penahanan itu berpunca daripada laporan terhadap bunyi bising daripada sebuah parti persendirian di kondominium terbabit.

    “Hasil siasatan lanjut, polis turut menemukan serbuk dipercayai dadah dan rokok dipercayai berisi ganja.

    “Saringan awal ujian air kencing mendapati 16 daripada mereka positif,” katanya sambil menjelaskan ADUN terbabit kini direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

    NSTP/HM
    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here