Antara tanglung dan tulisan jawi

1
457

Oleh DATUK REJAL ARBEE

SAYA mula-mulanya berasa amat musykil sekali dengan pendirian akhbar-akhbar Melayu membiarkan mereka dipermain-mainkan oleh puak-puak tertentu negara ini yang mempertahankan pelita tanglung kononnya adalah salah satu daripada budaya negara ini.

Persoalan saya ialah sejak bila pula penggantungan pelita tanglung di sini diiktiraf sebagai budaya negara ini?

Ia hanyalah satu daripada budaya sesetengah pihak di sini.

Tetapi apa yang amat menghairankan sekali ialah bagaimana tulisan bahasa Melayu dalam jawi boleh pula mereka tolak bulat-bulat?

Pada hal tulisan jawi adalah warisan Melayu turun temurun sejak berkurun lalu.

Maka itulah sebabnya semua perjanjian kerajaan Melayu dengan pihak British sejak mula mereka ke mari adalah dalam tulisan jawi.

Apakah puak ini begitu bangang sekali hingga tidak tahu bahawa tulisan Melayu asalnya adalah dalam ejaan jawi?

Jadi kenapa pula puak pelampau ini begitu lantang sekali menolak tulisan jawi?

Bukankah semua perjanjian sultan Melayu dahulu dengan British dalam tulisan jawi?

Malangnya mereka ini menganggap tulisan Melayu dalam jawi adalah sama seperti tulisan Arab dalam al-Quran.

Jadi kononnya anak-anak bukan Melayu yang belajar jawi akan juga diajar membaca al-Quran, walhal tulisan Melayu dalam jawi tidak kena mengena langsung dengan pembacaan al-Quran.

Di negara Arab, kitab Injil pun ditulis dalam tulisan Arab, tiada masalah pun?

Jadi bagaimana mereka ini tanpa usul periksa boleh pula mendakwa kononnya tulisan jawi Melayu itu sama seperti tulisan Arab di dalam al-Quran.

Sebenarnya tulisan Melayu dalam jawi mempunyai dua huruf lebih daripada huruf dalam bahasa Arab di dalam al-Quran.

Jelas tohmahan ini sengaja diada-adakan untuk menimbulkan kekacauan antara Melayu dan Cina, khususnya.

Rakyat yang cintakan negara ini tidak harus termakan dengan tohmahan melampau yang sengaja diada-adakan puak pelampau ini.

Mereka ini sebenarnya tidak inginkan wujudnya keamanan dan kesejahteraan di antara kaum dalam negara ini.

— BebasNews

Please follow and like us:
error

1 COMMENT

  1. Mereka yang membakar semula isu Huruf Arab ini- JAWI-(Tulisan Melayu); sebenarnya seperti meludah ke langit, dan jatuh ke muka sendiri.
    Mengambil pandangan minoriti rakyat yang lebih celik dengan arah tujuan tulisan Jawi ini sebenarnya sudah pun terlewat untuk dimartabatkan semula- Mustahil. Melihat kelangsungan, pendekatan dan kedudukan tulisan tersebut sudah tidak lagi berdiri diatas landasan yang lurus untuk diangkat sebagai tulisan orang Melayu. Namun kita bolehlah berbangga pada suatu ketika dahulu, kerana tulisan ini menjadi bahasa perhubungan serantau. Zaman itu telah tamat. Huruf Arab ini tidak lagi menjadi dominan dalam kemajuan yang sedang kita bentuk untuk sebuah negara yang maju dan membangun. Pendidikan hari ini 99% menggunakan tulisan Rumi, manakala bahasa Malaysia dilihat masih ditakuk lama dalam penguasaan rakyat berbilang kaum. Tidak kurang juga orang Melayu itu sendiri yang mencampur adukkan bahasa Melayu dengan bahasa Malaysia. Kekeliruan ini perlu diperjelaskan semula oleh badan badan pendidikan negara.
    Kita cuba melihat secara keseluruhan dari kesan penguasaan bahasa inggeris di dalam beberapa mata pelajaran seperti subjek sains dan matematik; Justifikasinya sangat luas dan cukup tepat untuk generasi hari ini menguasai bidang bidang terpenting yang dapat memacu pertumbuhan intelektual negara.
    Huruf Arab- Tulisan Jawi, perlu menjadi sejarah yang berdarah tanpa menoleh ke belakang, namun hakikatnya perlu dibanggakan dan di muziumkan di dalam sebuah arkib untuk tatapan umum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here