Atlet wanita Iran tinggal Iran, berhijrah ke Belanda – laporan

0
374
PHOTO: Wikimedia Commons/ Tasnim News Agency [CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/4.0)]

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

KIMIA Alizadeh, satu-satunya atlet perempuan yang meraih pingat Olimpik untuk Iran, mengumumkan dirinya telah meninggalkan Iran .

Wanita berusia 21 tahun itu memuat naik kenyataan tersebut dalam media sosial dan  memberikan alasan kenapa dia bertindak meninggalkan Iran, lapor BBC Indonesia.

Dia mendakwa tidak ingin menjadi sebahagian daripada “kemunafikan, pembohongan, ketidakadilan, dan sanjungan berlebihan”.

Dia menyebut dirinya sebagai “satu dari jutaan perempuan yang tertindas di Iran”.
Kimia tidak menyatakan di mana dia berada sekarang, tetapi laporan mengatakan dia berada di Belanda.

Kimia mencipta sejarah bagi Iran dengan meraih pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Rio, pada tahun 2016.

Kimia bertindak sedemikian ketika gelombang demonstrasi berlangsung di Iran apabila negara itu tertembak jatuh sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan Ukraine pada Rabu (08/01) di saat berkonfrontasi dengan Amerika Syarikat.

Beliau menolak dakwaan dia diundang ke Eropah atau diberikan tawaran yang lumayan tanpa memaklumkan di mana dia berada.

Warga Iran terkejut ketika terdapat perkhabaran kehilangan Kimia pada minggu lalu.

Ahli politik Iran, Abdolkarim Hosseinzadeh, menuduh “pegawai-pegawai yang tidak cekap” menyebabkan berlaku kehilangan bakat.

Agensi berita Isna baru-baru ini melaporkan “Kejutan bagi taekwondo Iran. Kimia Alizadeh telah berhijrah ke Belanda.”

Agensi berita itu melaporkan bahawa Alizadeh berharap dapat menyertai Olimpik Tokyo 2020, tetapi bukan untuk mewakili Iran.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here