Muhyiddin nafi suspek ditahan polis pegawai khas beliau, tidak akan campur tangan siasatan

    0
    611
    FOTO: NSTP/EDMUND SAMUNTING.

    Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

    MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak akan campur tangan dalam kes berhubung ADUN Dengkil, Adhif Syan Abdullah yang dilaporkan ditahan polis dalam satu serbuan pada awal semalam di Puchong, Selangor.

    Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke akaun Facebook beliau hari ini, Muhyiddin berkata beliau memberi jaminan tidak akan campur tangan dalam kes tersebut.

    Dalam pada itu beliau juga menafikan bahawa Pizi Jihat (seorang lagi suspek yang ditahan) adalah pegawai khas beliau, tetapi sebaliknya seorang staf di ibu pejabat parti.

    Dalam kejadian itu polis dikatakan telah menahan 17 individu berusia antara 26 hingga 53 tahun, termasuk Adhif berserta empat pegawai khas ahli politik, dalam satu operasi.

    Serbuan dilakukan pada kira-kira pukul 4.45 pagi di sebuah kondominium susulan aduan bahawa berlaku bunyi bising di sebuah kondominium.

    Hasil siasatan lanjut, polis turut menemui serbuk dipercayai dadah dan rokok dipercayai berisi ganja dan saringan awal ujian air kencing mendapati 16 daripada mereka positif dadah.

    -BebasNews

    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here