BBC  lapor agenda anti-minyak kelapa sawit Malaysia

0
811

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

RENCANA terbaharu yang disiarkan oleh bbc.com hari ini mempersoalkan mengapa minyak sawit begitu popular di mana-mana sekarang ini.

Wartawan Frank Swain yang menulis untuk ruangan BBC Future menggambarkan seolah-olah dunia begitu ketagihan minyak sawit tanpa menghiraukan dakwaan bahawa penanaman pokok kelapa sawit punca kemusnahan hutan hujan di serata dunia tropika.

Beliau merujuk kepada penggunaan harian, termasuk syampu, kudapan, pil vitamin, produk pesolekan, marjerin, bahan api kenderaan dan macam-macam lagi yang menggunakan minyak kelapa sawit.

Segala ini menurut beliau merangkumi lebih 50% daripada seluruh penggunaan minyak dunia yang boleh dimakan di mana peladang global menghasilkan kira-kira 77 juta tan minyak sawit untuk pasaran global bagi 2018 dengan kadar diunjurkan bertambah kepada 107.6 juta tan pada 2024.

Disebabkan kualiti minyak kepala sawit yang tidak dapat ditandingi oleh minyak-minyak masak lain kerajaan dan bisnes di serata dunia mendapati amat payah untuk menukar pilihan popular ini.

Usaha seperti inisiatif kerajaan Iceland untuk mengharamkan penggunaan minyak kelapa sawit pada 2018 dipuji oleh negara-negara barat dan puak pelobi anti minyak sawit.

Pada masa itu untuk mempengaruhi pengguna, kempen di Iceland termasuk penerbitan sebuah video menyayat hati (walaupun tidak benar) yang menggambarkan orang utan menjadi ‘gelandangan’ kerana habitatnya musnah disebabkan kerakusan manusia.

Bagaimana pun, video iklan tersebut yang bertemakan Krismas diharamkan di sana kerana didapati terlalu berbaur agenda politik.

Antara usaha beberapa industri untuk menyaingi minyak kelapa sawit sekarang termasuk penghasilan adunan daripada pelbagai bahan, seperti minyak shea, sal, jojoba, kokum, illipe, jatropha dan biji mangga.

Walau bagaimana pun, inisiatif-inisiatif tersebut kurang ekonomi kerana kos tinggi diperlukan untuk pengeluaran.

Di Poland sebuah universiti sedang berusaha untuk menghasilkan gantian kepada penggunaan minyak kelapa sawit untuk dedak ayam menggunakan minyak cacing dan serangga (mealworm oil) yang mereka mendakwa lebih ekonomi dan bermutu berbanding penggunaan minyak kelapa sawit.

Di penjuru lain memandangkan inisiatif-inisiatif penggantian itu tidak berapa berkesan, pihak anti-minyak sawit sekarang berpaling pula kepada usaha untuk menghadkan kesan minyak berkenaan ke atas alam sekitar dengan menukar cara penanaman kelapa sawit.

Usaha untuk menghadkan impak ke atas alam sekitar yang dimainkan sebagai propaganda oleh mereka, bagaimana pun, sekali lagi menghadapi kebuntuan kerana faktor kos yang tidak ekonomi.

Dalam pada itu, Kyle Reynolds, seorang saintis pertanian yang pernah bertugas dengan sebuah pusat kajian di Australia berkata beliau amat sukar memahami logik pegawai-pegawai di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bahawa minyak tersebut mampu menjamin kelestarian alam.

Memandangkan pelbagai usaha oleh negara-negara barat untuk mencari gantian kepada minyak sawit kurang berjaya mereka merumuskan bahawa populariti dan permintaan minyak itu tidak mungkin akan terjejas.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here