Bilionair Jepun cari teman wanita terbang ke bulan

0
377

DIKEHENDAKI… Setelah putus cinta, Yusaku Maezawa kini sedang gigih cari seorang wanita sebagai kekasih baharu untuk dijadikan teman dirinya terbang ke bulan menaiki roket SpaceX.

Bilionair Jepun terkenal ini yang baru sahaja putus hubungan dengan seorang pelakon wanita tempatan, malah mengiklankan pencariannya itu menerusi atas talian pada 12 Januari lalu.

Dia memaklumkan sedang terima banyak permohonan wanita berstatus bujang berusia 20 tahun ke atas atau lebih yang mahu menikmati kehidupan bersama-samanya dengan sepenuh masa.

Usaha pelik Maezawa tekun mahu cari pasangan sepadan itu bahkan dijadikan pula seumpama sebuah rancangan televisyen dengan menggunakan platform saluran melalui laman sesawang.

Idea aneh itu diterima kerana dia berasa kesunyian dan secara kebetulan umurnya yang makin tua. Setakat ini, hampir 66,000 netizen telah tanda suka pada ciapan Twitter milik lelaki itu.

“Saya hidup seperti mana yang diimpikan setakat ini,” katanya yang dipetik media tempatan. Dia mempunyai tiga orang anak hasil hidup bersama dengan dua wanita berbeza sebelum itu.

“Pada usia 44 tahun, perasaan sunyi dan kekosongan mula selubungi diri, hanya satu yang saya fikir iaitu cintai seorang wanita,” jelasnya yang memiliki kekayaan 220 bilion yen (RM8.1 bilion).

Maezawa yang turut mengiklankan usaha pencariannya menerusi hantaran akaun sosial Twitter dengan kicauan berbunyi: “Kenapa tidak jadi wanita pertama untuk melancong ke bulan?”

Tarikh tutup permohonan itu ialah 17 Januari depan dan dia hanya akan buat pilihan muktamad menjelang akhir Mac selepas keluar bersama setiap pemohon yang telah disenarai pendek.

Hartawan ini dipilih sebagai penumpang pertama kapal angkasa komersial SpaceX ciptaan Elon Musk pada 2018 dan dia rancang bawa enam pelukis terbang enam hari dijadualkan pada 2023.

Pernah menjadi ketua syarikat fesyen dalam talian tempatan, Zozo sebelum ia dijual kepada pihak Yahoo! Jepun tahun lalu, Maezawa terkenal kerana gemar beli hasil seni yang mahal.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here