Chen Exo akan berkahwin

0
161
CHEN mahu berkahwin kerana ingin hidup bersama insan tercinta.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SM Entertainment dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Chen, anggota EXO bakal berkahwin dengan kekasihnya. Majlis perkahwinan Chen bersama teman wanita yang bukan dalam kalangan selebriti itu akan diadakan secara tertutup, untuk keluarga terdekat saja.

Menurut kenyataan pihak pengurusan EXO itu, segala atur cara majlis akan diadakan secara tertutup dan SM Entertainment berharap peminat dan media menghormati permintaan keluarga penyanyi tersebut.

Walaupun sudah bergelar suami, Chen tetap akan meneruskan kerjayanya sebagai artis bersama kumpulan EXO.

Sementara itu, sumber dari pihak pengurusan Chen mengesahkan yang teman wanitanya telah hamil.

“Benar, bakal isteri Chen telah hamil, tapi tak tahu berapa bulan,” kata sumber tersebut kepada Soompi.

Sebelum ini, SM Entertainment mengeluarkan kenyataan menafi laporan Sporbiz yang mendakwa Chen dan kekasihnya yang hamil tujuh bulan telah berkahwin pada 13 Januari lalu.

Dalam pada itu, Chen turut mengeluarkan kenyataan bertulis mengumumkan berita yang beliau akan berkahwin dengan kekasih hatinya.

AKTIVITI seni bersama kumpulan EXO tetap dilakukan seperti biasa.

“Saya menulis kenyataan ini untuk memberitahu peminat tapi saya tak tahu nak mula macam mana kerana gementar. Saya tahu apa yang saya tulis ini tidak memadai tapi jujurnya saya berterima kasih kepada peminat kerana telah mencurahkan kasih sayang kepada saya selama ini.

“Saya mempunyai seorang teman wanita dan mahu menghabiskan hayat saya bersamanya. Saya risau dengan keputusan yang saya buat ini tapi saya telah berbincang dengan pihak pengurusan dan anggota EXO.

“Sebenarnya saya mahu membuat pengumuman lebih awal supaya saya tidak mengejutkan anda semua dengan berita ini tapi perancangan tak menjadi.

“Saya tak dapat tunggu lama lagi untuk berkongsi berita gembira ini dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk menulis kenyataan ini.

“Jujurnya saya amat berterima kasih kepada anggota EXO yang turut menyokong keputusan saya untuk berkahwin. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tak henti menyayangi saya dan rakan-rakan yang lain.

“Saya tidak akan lupakan sokongan peminat selama ini dan berjanji akan terus melaksanakan tanggungjawab saya sebagai anggota EXO,” katanya dalam kenyataan yang ditulis sendiri.

Chen atau nama sebenarnya, Kim Jong Dae, 28, memulakan karier pada 2011 bersama EXO. Selain aktif sebagai vokalis utama EXO, Chen juga melakukan projek solo seperti rakaman lagu untuk runut bunyi drama televisyen, It’s Okay, That’s Love untuk drama Best Luck dan Everytime untuk Descendants of the Sun.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here