Didi & Friends menang di Asian Television Awards

0
218
DIDI & Friends adalah rancangan kegemaran kanak-kanak.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

Siri popular kanak-kanak, Didi & Friends diumumkan sebagai pemenang kategori Program Prasekolah Terbaik sempena Asian Television Awards ke-24 yang berlangsung di Manila, Filipina, 10 Januari lalu.

Program muzikal berbentuk edutainment yang dicipta oleh Digital Durian itu berjaya menewaskan calon-calon lain dari China (Fashion Kids dan Flying Fairground), Jepun (Shimajiro no Wow!) dan program terbitan yang sama (Omar & Hana) yang merupakan sebuah siri animasi Islamik popular,

Naib Presiden GenNext & Perniagaan Antarabangsa Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, Astro sentiasa komited dalam menyediakan pelbagai kandungan menarik yang bersifat santai, berinformasi dan kreatif, khususnya untuk penonton generasi muda.

“Kemenangan Didi & Friends, sebuah siri terbitan Digital Durian dengan kerjasama Astro ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai salah satu penerbit kandungan utama di Asia.

“Kami berharap kemenangan ini dapat secara tidak langsung memberi inspirasi kepada penggiat industri di luar sana untuk sama-sama berusaha menyediakan hasil kerja terbaik yang berpotensi untuk merekodkan tanda aras baharu bagi segmen kandungan prasekolah.

“Malah ia juga boleh membantu membentuk satu ekosistem selamat untuk tontonan kanak-kanak. Ia juga membuktikan bahawa hiburan seumpama ini seimbang dari aspek pembelajaran dan keseronokan,” katanya.

DIPILIH sebagai program prasekolah terbaik di Asian Television Awards.

Asian Television Awards merupakan majlis penyampaian anugerah yang mengiktiraf program-program dan produksi bagi industri televisyen.

Didi & Friends berkisar tentang tiga ekor ayam serama yang bernama Didi, Jojo dan Nana serta kawan-kawan haiwan lain yang menyanyikan lagu kanak-kanak.

Antara lagu dendangan Didi & Friends yang popular ialah Mengantuknya Mumia, Kalau Rasa Gembira, Aum! Harimau, Oh! Rindu Serindunya dan Musim Salji.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here