Enam maut bila bas jatuh ke lubang tanah mendap di China

0
312

Oleh FETTY RARA

SEKURANG-kurangnya enam maut, termasuk pejalan kaki apabila sebuah bas terjunam ke dalam lubang akibat tanah jalan raya mendap di China.

Kejadian tersebut berlaku  petang semalam berhampiran sebuah hospital di bandar raya Xining, ibu negeri Qinghai.

Rakaman CCTV menunjukkan bahawa berlaku satu letupan dalam lubang tersebut sejurus selepas bas dan beberapa pejalan kaki jatuh ke dalamnya, lapor bbc.com.

Sejak beberapa tahun kebelakangan beberapa lubang besar akibat tanah mendap dilaporkan berlaku di China.

Video juga menunjukkan beberapa orang yang meluru untuk menyelamatkan mangsa turut terjatuh ke dalam lubang apabila lubang tersebut membesar.

Menurut media tempatan lubang mendap itu mempunyai diameter 10 meter.

Tidak diketahui berapa orang penumpang berada di dalam bas ketika kejadian.

Tanah mendap sering kali berlaku di China berikutan terlalu banyak kerja pembinaan.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here