Maritim Malaysia anjur persidangan ke-7 inisiatif penguatkuasaan undang-undang maritim Asia Tenggara

    0
    170

    PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menganjurkan Persidangan 7th Commanders’ Forum On South East Asia Maritime Law Enforcement Initiative (SEAMLEI) di sini bermula hari ini hingga 16 Januari.

    SEAMLEI merupakan forum kerjasama strategik maritim negara anggota yang ditubuhkan sejak 2012 bagi mewujudkan kerjasama serantau menangani cabaran dan menguatkuasakan undang-undang maritim secara sejajar di perairan Teluk Siam.

    Inisiatif ini bermula dengan pewujudan forum  GOTI (Gulf Of Thailand Initiative)  dianggotai empat negara, iaitu Thailand, Malaysia, Vietnam dan Cambodia.

    Penyertaan dua lagi negara anggota Asean, iaitu Indonesia dan Filipina telah merubah GOTI kepada SEAMLEI dengan perluasan skop lebih besar.

    Persidangan kali ini yang turut dianjurkan bersama dengan U.S. Coast Guard Pacific Area (PACAREA) bertujuan mengukuhkan jaringan kerjasama strategik dalam perkongsian maklumat, keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang maritim serantau merangkumi tiga perkara, iaitu:

    (i)       Kerjasama dan perkongsian maklumat penguatkuasaan bagi menangani aktiviti perikanan haram, tidak dilaporkan dan tidak dikawal  (IUUF) di negara masing- masing;
    (ii)   Berkongsi amalan prosedur penguatkuasaan undang-undang berkaitan maritim; dan
    (iii)      Meningkatkan kesedaran maritim, pertukaran maklumat dan gabungan maklumat sebagai pelengkap kepada penguatkuasaan undang-undang IUUF dan pembanterasan kegiatan narkotik.

    Seramai 52 pegawai dan anggota daripada agensi maritim enam negara hadir pada persidangan ini.

    Persidangan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam negeri, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan.

    Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah Timbalan Komander U.S. Coast Guard Pacific Area (PACAREA), Rear Admiral David G. Throop.

    Untuk rekod Maritim Malaysia akan menyambut ulang tahun ke-15 penubuhannya pada 23 Februari depan.

    -BebasNews

    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here