Momota masih belum dibenarkan pulang

    0
    1628
    Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali melawat pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota --fotoBERNAMA

    KUALA LUMPUR – Walaupun hanya menghadapi kecederaan ringan, namun pihak Hospital Putrajaya masih tidak membenarkan jaguh dunia dari Jepun, Kento Momota pulang ke negaranya.

    Momota bersama tiga lagi mangsa iaitu penolong jurulatih, Yu Hirayama, 35; Morimoto Akifumi, 42 dan pegawai Persekutuan Badminton Dunia, William Thomas, 30 akan terus berada di bawah pemerhatiam doktor.

    Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya akan terus berhubung dengan ketua jurulatih Jepun, Park Joo Bong bagi mengikuti perkembangan semasa mangsa terlibat.

    “Pegawai BAM akan terus berada di Hospital Putrajaya untuk memberikan apa juga bantuan yang diperlukan,” kata kenyataan itu.

    Semalam, juara dunia berusia 25 tahun itu bersama empat lagi individu terlibat dengan kemalangan di kilometer 13.7 Lebuh Raya Maju Expressway pada pukul 4.40 pagi ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    Kemalangan itu menyaksikan Momota patah hidung selain mengalami kecederaan di beberapa bahagian muka serta badan dan menerima jahitan di bahagian bibir.
    Dalam inaiden itu, pemandu kenderaan, B. Nageswarau meninggal dunia dunia lokasi kejadian.

    Ekoran kejadian itu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria meluangkan masa melawat mangsa kemalangan selain memberikan bantuan sewajarnya.

    Terdahulu, Momota berjaya merangkul kejuaraan Malaysia Masters, Ahad lalu selepas menundukkan Viktor Axelsen di pentas final di Axiata Arena, Bukit Jalil.

    -BebasNews
    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here