Pelajar perempuan China meninggal dunia bertahun hidup dengan beberapa sen sehari

0
1014

Oleh FETTY RARA

SEORANG pelajar perempuan yang hidup dengan membelanjakan hanya RM1.20 sen sehari (2 yuan) sejak bertahun untuk menyara adiknya telah meninggal dunia.

Menurut media China apa yang dilalui oleh Wu Huayan amat menggemparkan masyarakat di negara itu apabila gambar beliau yang kurus, kerdil dan cengkung dengan berat badan hanya 20kg ditularkan tahun lalu.

Wu dimasukkan ke hospital setelah mengalami kepayahan bernafas pada Oktober 2019, lapor bbc.com.

Susulan kisah beliau yang tersebar luas, ramai tampil memberikan sumbangan dalam usaha untuk membantu memulihkan beliau, tetapi malangnya bantuan yang menjadi lebih rancak menjelang akhir tahun lalu didapati terlambat kerana menurut adiknya, Wu telah meninggal dunia pada Isnin lalu.

Pernah pada satu ketika Wu memberitahu sebuah akhbar di Chongqing bahawa beliau terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak media setelah menyaksikan bagaimana nenek dan datuknya meninggal dunia kerana tidak mampu membiayai rawatan mereka di hospital.

Keadaan tersebut menyedari dirinya dan beliau bertekad tidak akan menunggu maut hanya kerana dikekang kemiskinan.

Akhbar Běijīng rìbào memetik adik Wu yang tidak dinamakan berkata bahawa beliau meninggal dunia pada usia 24 tahun.

Apakah kisah di sebalik penderitaan Wu?

Wu dan adiknya telah mengharungi penderitaan kehidupan sejak bertahun setelah ibu mereka meninggal dunia ketika usianya empat tahun dan ayahnya pula meninggal dunia ketika beliau masih bersekolah.

Beliau dan adiknya kemudian dijaga oleh nenek mereka dan seterusnya oleh seorang ayah saudara yang hanya mampu membelanjakan sekitar 300 yuan (kira-kira RM177.00) sebulan untuk hidup.

Sebahagian besar jumlah perbelanjaan itu digunakan untuk membiayai perubatan adiknya yang mengalami masalah mental.

Ini bermakna hanya tinggal 2 yuan bagi Wu membelanjakan untuk dirinya setiap hari dengan hanya memakan nasi berlauk cili selama lebih lima tahun.

Semasa Wu dimasukkan ke hospital ketinggian beliau hanya 135cm.

Menurut doktor beliau amat kekurangan nutrisi hinggakan kening dan 50% daripada rambutnya telah gugur.

 Apa reaksi masyarakat?

Wu dan adiknya berasal dari Guizhou yang merupakan antara wilayah paling miskin di China.

Apa yang dilalui Wu kini telah menyerlahkan krisis kemiskinan di China yang di anggap sebagai antara ekonomi paling perkasa di dunia.

Walaupun di bandar-bandar dan juga di serata dunia rakyat China begitu terserlah dengan kekayaan dan kemewahan berikutan lonjakan ekonomi negara yang begitu cergas, namun kemiskinan tegar masih wujud dengan banyaknya di negara tersebut.

Statistik rasmi mencatatkan bahawa pada 2017 terdapat 30.46 juta rakyat China di luar bandar yang teramat miskin dan hidup dengan hanya kurang daripada RM1.90 sehari.

Selain itu, jurang perbezaan juga kini semakin meluas dengan laporan dana kewangan antarabangsa (IMF) 2018 merekodkan negara China sebagai negara yang paling tidak seimbang dari segi perkongsian kemewahan dan ekonomi negara.

Kes Wu kini telah mencetuskan kemarahan terhadap kerajaan China, termasuk persoalan kenapa penderitaan Wu dan adiknya tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here