Pelakon Kanak-Kanak Puteri Balqis menderita dalam kemiskinan

0
495

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

BEKAS pelakon kanak-kanak yang pernah memenangi beberapa anugerah filem, Puteri Balqis Aziz terpaksa mengikat perut hingga berhari-hari kerana kesempitan wang.

Anak gadis berusia 13 tahun yang pada satu ketika dahulu bercita-cita untuk berlakon dalam filem-filem Hollywood itu terpaksa merempat ke tepi jalan bersama ibunya untuk menjual buku ‘38 Poems of Puteri Balqis’ yang ditulisnya untuk membantu menyara hidup mereka, lapor Harian Metro.

Puteri Balqis pernah berlakon dalam beberapa filem, termasuk Upin & Ipin:Jeng Jeng jeng! Makrifat Cinta dan KL Special Force. Beliau juga pernah memenangi hadiah Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Drama Wanita terbaik di Asian Television Awards 2014.

Kini, bagaimana pun, nampaknya segala impian beliau berkecai setelah beliau didapati mengidap kanser dan masalah jantung pada tahun lalu.

“Sewaktu kita kaya kita mampu membeli beg dan kasut yang mahal. Bila kita jatuh, kita bersyukur kepada Tuhan kerana mengingatkan siapa kita.

“Kita amat bersyukur kepada Tuhan kerana diuji sebegini. Ia menguatkan kita,” katanya.

Balqis yang merupakan anak tunggal memilih untuk hidup bersama ibunya Norashikin Aziz selepas perceraian ibu bapanya empat tahun lalu.

Kesengsaraan yang diharunginya baru-baru ini ditonjolkan dalam program BersamaMu terbitan TV3.

Balqis dan ibunya pernah diusir dari rumah mereka dan kini tinggal di sebuah unit tanpa bekalan air sejak empat bulan lalu.

Buku karya Balqis yang merupakan kompilasi sajak tentang pelbagai cabaran hidup diterbitkan dengan bantuan beberapa orang kawan ibunya.

 

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here