MASYARAKAT India yang menyambut perayaan Ponggal memerhatikan masakan melimpah keluar dari periuk ketika meraikan perayaan itu di Kuil Viswanathar Visalachi, Jalan Bayan Baru hari ini. Ponggal merupakan perayaan yang disambut selama empat hari bermula hari pertama bulan Thai mengikut kalendar Tamil bersempena musim menuai, menandakan kesyukuran terhadap hasil yang diterima. Acara utama perayaan adalah memasak nasi dari padi yang baru dituai dengan susu dan gula perang di dalam periuk tanah liat baharu sehingga melimpah keluar dari periuk berkenaan sambil menyuarakan 'Ponggalo Ponggal'. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR – JAKIM dikecam dan dipeleceh oleh pelbagai pihak kononnya, walhal jabatan tersebut hanya memberi pandangan.

Menurut jabatan itu apa yang mereka nyatakan sekadar berhubung pembabitan orang Islam dalam perayaan Ponggal dan tidak menghalang sambutan berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Unit Komunikasi korporat jabatan itu berkata, pandangan yang dikeluarkan adalah susulan daripada permohonan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai garis panduan kepada warga pendidikan Muslim yang terbabit dalam perayaan itu.

“Malah Panel Pakar Syariah JAKIM juga berpandangan adalah harus untuk orang Islam mengucapkan selamat kepada rakan dan jiran yang menyambut perayaan itu tanpa niat mengiktiraf agama mereka serta umat Islam tidak boleh memaki dan mencaci serta menghina tuhan-tuhan agama mereka,” kata kenyataan itu, hari ini.

Sebelum ini, KPM memaklumkan surat berhubung perayaan Ponggal dikeluarkan bagi mengurangkan kebimbangan pihak ibu bapa murid beragama Islam dalam pelibatan anak-anak mereka semasa sambutan perayaan itu dan ia bukan halangan untuk diadakan di sekolah.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, KPM memaklumkan bahawa ia menyedari bahawa sekolah adalah tempat untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Menurut kenyataan itu, budaya dan adat resam antara kaum perlu diketahui, difahami dan dihormati oleh semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru dan murid.

-BebasNews

Leave a Reply