Ramli Ibrahim tokoh anugerah Warisan Kebangsaan Orang Hidup UNESCO  bantai MOTAC

0
314
FOTO: Facebook Sutra Foundation.

Oleh FETTY RARA

KETIKA semakin banyak pihak mengkritik Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac)  kerana lemah dan gagal memartabatkan visi pelancongan dan seni budaya negara, muncul Datuk Ramli Ibrahim yang bukan calang-calang orang menuding jari ke arah kementerian tersebut.

Kritikan Ramli terhadap Motac bukan kecaman kosong tetapi berisi kerana beliau mampu mengupas apa yang berlaku di sebalik kelemahan pihak berkuasa berkenaan.

Dalam satu wawancara bersama portal Malaysiakini hari ini, Ramli, 66, berkata Motac tidak mempunyai wawasan yang mantap untuk menerapkan seni dan kebudayaan sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan negara.

Beliau antara lain merujuk kepada kelompangan agenda dalam tahun Melawat Malaysia 2020 yang telah pun bermula tanpa aspek festival dan seni yang serius sebagai kebanggaan negara.

Ramli juga mempersoalkan di mana Mak Yong, Wayang Cina atau kesusasteraan hebat “yang sepatutnya di susun di rak-rak bahasa Melayu Dewan bahasa dan Pustaka.”

Anak Melayu Malaysia penerima anugerah tertinggi kesenian India, ‘Padma Shri’ itu berkata kerajaan kurang berperanan dalam meletakkan seni dan budaya ke tempat yang sepatutnya kerana asyik sibuk ‘membersihkan kerosakan’ pemerintahan terdahulu.

Tambah beliau sekarang banyak dana kerajaan bagi memajukan seni dan budaya tidak sampai kepada penggiat seni, tetapi sebaliknya disalurkan kepada pembiayaan infrastruktur birokrasi.

Ramli merumuskan bahawa kerajaan sekarang hanya mengulangi kesilapan kerajaan terdahulu yang memandang ringan kepentingan seni dan budaya sebagai antara pemangkin ekonomi negara.

Antara penyelesaian yang dicadangkan oleh beliau ialah supaya dilantik seseorang yang lebih berkeupayaan dan memahami seni dan budaya bagi tugas membentuk hala tuju bidang tersebut.

Apa yang dikatakan oleh beliau seperti merujuk kepada kelemahan pucuk kepimpinan Motac itu sendiri.

MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi (kanan) sewaktu pelancaran pelekat tahun Melawat Malaysia 2020 di MaTic, Kuala Lumpu / NSTP/SALHANI IBRAHIM

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here