Freedom House: China cuba ‘pengaruh’ media Malaysia

    0
    295

    PEMANTAU laporan berita demokrasi Freedom House menyebut Malaysia sebagai antara negara membangun di bawah pengaruh rejim komunis China yang cuba membentuk kandungan dan narasi media tentang negara itu.

    Laporan berjudul “Beijing’s Global Megaphone” yang ditulis oleh penganalisis kanan penyelidikan, Sarah Cook.

    Menurut beliau, antara kaedah yang digunakan ialah penerbitan op-ed oleh duta Cina, membentuk pemikiran wartawan tempatan dengan menawarkan perjalanan bersubsidi ke China.

    Turut dilakukan adalah dengan menawarkan kandungan berat sebelah secara percuma kepada pembekal berita tempatan dan penyebaran maklumat yang salah melalui media sosial milik China dengan apa yang disebut sebagai kempen ‘gaya Rusia’.

    Iklan

    “Parti Komunis China telah mengembangkan usahanya untuk membentuk kandungan berita di seluruh dunia dengan menggunakan tiga strategi utama.

    “Mereka mempromosikan naratif sendiri melalui pelbagai bentuk propaganda, menekan pandangan kritikal melalui penapisan langsung dan tidak langsung serta memperoleh kawalan ke atas sistem penyampaian kandungan utama,” kata Cooks dalam laporannya.

    Menurutnya, tiga tahun kebelakangan lalu ini juga memperlihatkan kemunculan taktik baru oleh China.

    Ini termasuk kempen maklumat palsu gaya Rusia terhadap media sosial global dan gangguan ke atas media arus perdana tempatan.

    “(China juga) mempolitikkan kandungan yang dimanipulasikan terhadap platform milik negara itu, dan berusaha secara terang-terangan untuk mempamerkan China sebagai model kepada negara-negara lain.

    “Usaha parti di bawah Xi Jinping sangat berkesan untuk meningkatkan imej China di kawasan tertentu, tetapi ini juga mendorong tindak balas.

    “Wartawan, pembuat polisi, firma teknologi dan pertubuhan masyarakat madani di seluruh dunia mula melancarkan inisiatif sendiri untuk meningkatkan ketelusan, mempelbagaikan sumber dana dan melindungi kebebasan akhbar,” katanya.

    https://www.malaysiakini.com/news/507325
    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here