Konsert Kim Jae Joong di Malaysia

0
318
BAKAL mengadakan konsert solo pertama di Malaysia, 14 Mac ini.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KALI terakhir anggota kumpulan JYJ datang ke Malaysia menjayakan konsert adalah 10 tahun lalu dan kini salah seorang anggotanya akan kembali menemui peminat tempatan.
Bagi yang merindui kumpulan JYJ, anda berpeluang untuk bertemu dengan Kim Jae Joong yang bakal menjayakan konsert solo pertamanya di sini.

Konsert 2020 Kim Jae Jong Asia Tour Concert in Kuala Lumpur akan berlangsung pada pukul 5 petang, 14 Mac 2020, di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam.

Jae Joong memulakan langkah dalam bidang seni suara sejak 2003 dan waktu itu beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan TVXQ yang turut dikenali sebagai Dong Bang Shin Ki.

Bagaimanapun pada 2010, beliau keluar daripada TVXQ Bersama dengan dua anggota lain, Jun-Su dan Yoo Chun. Mereka kemudian membentuk kumpulan baharu iaitu JYJ yang diuruskan oleh C-JeS Entertainment.

Jae Joong merupakan artis yang berbakat kerana beliau bukan sahaja dikenali dek suara yagn merdu, malah mampu mencipta lagu dan boleh berlakon dengan baik.

Sejak 2016, beliau lebih banyak menumpukan perhatian pada kerjaya seninya di Jepun. Beliau telah mengeluarkan beberapa album dan mengadakan siri konsert bergerak di sana. Ternyata, kehadiran Jae Joong di Jepun mendapat sokongan padu daripada rakyat negara itu.

Meskipun beliau banyak menghabiskan masa di Jepun sekarang ini, namun Jae Joong tidak pernah melupakan peminatnya di Korea. Pihak C-Jes Entertainment mengumumkan yang penyanyi itu akan mengeluarkan album baharu dalam waktu terdekat ini.

Album terakhir Jae Joong yang diterbitkan di Korea adalah pada 2016 sebelum beliau membawa diri ke Jepun. Album yang bakal dilancarkan nanti merupakan platform untuk beliu kembali mendekati peminat di Korea.

Bukan setakat album, malah beliau juga akan mengadakan konsert bergerak di Asia termasuklah di Malaysia. Konsert pertamanya itu akan diadakan di Korea bulan ini.
Jualan tiket untuk konsertnya di Korea habis dijual dalam tempoh yang singkat dan ini membuktikan bahawa peminat amat merindui persembahannya.

Sementara itu, penganjur konsert, iMe My memberitahu, jualan tiket untuk konsert Jae Joong di Malaysia akan mula dijual pada orang ramai mulai pukul 12 tengah hari, 18 Januari ini di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian 03-92228811.

Kepada pembeli bertuah tiket-tiket yang harga RM677, RM577, RM477, RM377 dan RM277, anda berpeluang untuk bertemu dengan penyanyi itu secara dekat.

– BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here