PUTRAJAYA memutuskan bahawa syarikat pengendali lebuh raya terbesar negara ini, Plus Malaysia Bhd (Plus), tidak akan dijual, sebaliknya kekal menjadi milik kerajaan.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan sudah menjalankan kajian ke atas semua bidaan dibuat oleh pihak swasta yang berminat untuk membeli Plus.

“Akhirnya kerajaan memutuskan kaedah terbaik ialah tidak menjual Plus kepada sesiapa, sebaliknya mengekalkan ia dengan Khazanah dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja),” katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Pada masa sama Mahathir menjelaskan, walaupun tidak dijual, Plus dikehendaki mengurangkan kadar bayaran tol sebanyak 18 peratus.

“Ingat, 18 peratus pada kadar hari ini bermaksud dalam tempoh 30 tahun, […] kadarnya akan menjadi sangat rendah,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/507321
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here