Alyah dapat rezeki terpijak

0
587
ALYAH muncul dengan single Cintaku. Gambar IG.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

TIDAK merancang untuk menghasilkan single baharu dalam waktu terdekat ini namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Kita tidak dapat menjangka bila rezeki akan mendatang kerana itu semua urusan Allah.

Biarpun bukan dalam perancangan, Datin Alyah tidak menolak apabila pihak Nova Music (M) Sdn. Bhd., menawarkan beliau untuk merakam lagu Cintaku.

Lagu Cintaku, ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh yang berentak balada itu tidak dapat ditolak oleh Alyah kerana tawaran yang diberi kepadanya cukup lengkap.

“Sejujurnya lagu ini tidak ada dalam perancangan saya untuk tahun ini. Kalau ikutkan saya memang akan muncul dengan single baharu juga tapi bukan awal tahun atau bergenre balada.

“Mungkin inilah yang dikatakan rezeki apabila pihak Nova Music menghubungi pegawai perhubungan saya dan menawarkan lagu ini. Mereka juga maklumkan lagu itu bakal menjadi menjadi lagu tema sebuah drama.

“Melihatkan peracangan yang diatur untuk lagu ini, saya menjadi lebih yakin. Pihak Nova ada sesuatu yang besar untuk lagu ini dan bukan sekadar rakaman. Paling penting bekerjasama dengan mereka amat mudah,” jelasnya tentang projek tentang lagu Cintaku itu.

Selain menjadi lagu tema drama Camelia yang mula bersiaran sejak 16 Januari lalu menerusi slot Samarinda di TV3, Alyah tertarik dengan lirik ciptaan Arisz Ab. Rahman dan Ikhwan itu kerana Cintaku menampilkan kelainan kepada corak vokalnya.

Camelia adalah drama 15 episod yang diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn. Bhd., dan Datin Hasniza Nordin selaku penerbit turut terlibat dalam penghasilan lirik untuk lagu tersebut.

“Muzik lagu ini masih dalam kategori balada. Kalau bercakap soal kekuatan, dalam lagu ini vocal saya ada sedikit kelainan. Key yang dipilih untuk lagu ini menggubah tone suara saya.

“Senang cakap, bunyinya tidak seperti lagu saya sebelum ini. Saya yakin bagi yang kali pertama mendengar akan cakap suara saya berbeza,” ceritanya.Alyah turut memuji karya ini kerana melodi yang diketengahkan sangat menarik bagi pandangannya. Katanya, pada bahagian korus lagu ini amat mudah untuk diingati oleh pendengar.

Ini adalah kali kedua Alyah bekerjasama dengan Ikhwan Fatanna yang sebelum ini menghasilkan Kisah

 

ALYAH gembira bekerjasama dengan Nova Music.

Cinta Kita untuknya.

“Bekerja dengan Ikhwan mudah sebab dia akan memberi apa yang kita ada. Dia tahu apa kelebihan yang kita ada dan dari situ dia akan menggunakan peluang tersebut.

“Ketika menghasilkan lagu, dia sudah membayangkan siapa penyanyinya dan bagi saya, Ikhwan seorang yang genius dalam pembikinan lagu,” tambah Alyah.

Lirik Lagu Cintaku

Verse:

Ku sedari, ku bukan bidadari
Namun punya cinta
Yang suci luhur
Buatmu kasih

Ku mengerti, ku bukannya pelangi
Yang akan menjadi dambaan pencnta

Prakorus:
Memori yang terluka
Akan tetap aku leraikan
Hanya untuk dirimu
Korus:
Cintaku dengan sepenuh hati
Jangan pernah lukai
Cintaiku terimaku seadanya
Cintaiku hingga ke hujung nadi
Walau duka menanti
Cintaiku, cintaiku

Bridge:
Kukorbankan jiwa
Demi mu kurela
Walau ribut datang menerpa
Akan kubuktikan
Cinta ini hanya milikmu saja
Megah di singgahsana
Cinta kita selamanya

BebasNews.
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here