Wu Huayan: Badan amal dituduh tidak salur kutipan derma

0
299

Oleh FETTY RARA

ORANG ramai semakin marah apabila tersiar berita bahawa sejumlah besar wang kutipan yang didermakan bagi membantu Wu Huayan yang meninggal dunia baru-baru ini rupa-rupanya sengaja tidak disalurkan sepenuhnya kepada pelajar malang tersebut.

Derma dilaporkan diterima  daripada orang ramai di seluruh Chna setelah berita tentang penderitaannya tersebar luas lewat tahun lalu apabila beliau dimasukkan ke hospital kerana mengalami kepayahan pernafasan, lapor bbc.com

Wu yang berat tubuhnya hanya kira-kira 20kg pada masa itu telah bertahun hidup hanya mampu membelanjakan dua yuan sehari kerana kemiskinan.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah sebahagian besar wang derma yang dikumpulkan ditahan oleh pihak badan amal berkenaan dan sepanjang waktu keperluan Wu hanya sejumlah kira-kira 20,000 yuan dibayar bagi menampung perbelanjaan rawatan di hospital.

Badan tersebut dikatakan menunggu sehingga pesakit yang sepatutnya dibantu meninggal dunia dan kemudian mendapatkan faedah di atas jumlah yang tersimpan.

Badan amal itu, bagaimana pun, menafikan tuduhan tersebut dan sebaliknya mendakwa mereka menahan wang bantuan tersebut di atas permintaan pihak keluarga Wu, selain kononnya Wu tidak memenuhi syarat bagi menjalani pembedahan.

Sepanjang episod tersebut Wu tidak tahu menahu bahawa kutipan derma untuk beliau telah mencecah sejumlah 400,000 yuan.

Siasatan lanjut dan terperinci sedang dilakukan oleh pihak berkuasa.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here