Anwar: PH dan Warisan perlu tingkatkan usaha

    0
    401

    PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim berkata PH dan sekutunya, Warisan perlu meningkatkan usaha mereka untuk berkhidmat kepada rakyat.

    Anwar berkata demikian susulan kekalahan Warisan kepada BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Kimanis malam ini.

    “Kami telah menerima keputusan dan kami menerima keputusan itu. Tahniah kepada calon yang menang dan terus berkhidmat.

    “Tetapi saya percaya di Sabah, di bawah kepimpinan Shafie Apdal dan Warisan serta Pakatan Harapan di peringkat (peringkat persekutuan) Malaysia, kami akan meningkatkan usaha kami.

    “Sudah jelas bahawa banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat adalah masalah ekonomi.

    “Kita terima keputusan seperti biasa. Tahniah kepada calon yang menang, teruskan berkhidmat. Tapi saya percaya di Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Shafie Apdal, Warisan dan juga di Malaysia Pakatan Harapan, kita akan terus meningkatkan usaha kita, usaha kami.

    “Sudah jelas bahawa banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat adalah masalah ekonomi.

    “Kita terima keputusan seperti biasa. Tahniah kepada calon yang menang, teruskan berkhidmat. Tapi saya percaya di Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Shafie Apdal, Warisan dan juga di Malaysia Pakatan Harapan, kita akan terus meningkatkan usaha kita,

    “Jelas masalah yang dihadapi oleh rakyat itu kebanyakannya masalah ekonomi,” katanaya ketika ditemui pemberita semasa majlis Tahun Baru Cina di kawasan parlimennya, di Port Dickson.

    Anwar menambah bahawa ketika ini bukan masa untuk menyalahkan sesiapa.

    “Saya fikir bukan masalah menyalahkan sesiapa, tapi tindakan harus diambil. Kalau tak dapat terima kenyataan ini kesannya parah.

    “Nampaknya sudah menyeluruh ke seluruh negara,” katanya.

    Anwar juga menegaskan bahawa, tanggungjawab itu bukan hanya untuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tapi juga kesemua pemimpin PH termasuk dirinya.

    https://m.malaysiakini.com/news/507606
    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here