Hujan legakan sikit keadaan kebakaran di Australia, tapi muncul ancaman banjir pula

0
443
PETA: Wikimedia Commons / Christallkeks [CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0)]

Oleh FETTY RARA

SETELAH berbulan berdepan dengan krisis kebakaran hutan yang turut membabitkan kawasan kediaman, hujan akhirnya membawa sedikit kelegaan di beberapa kawasan di Australia.

Bagaimana pun, sekarang timbul pula masalah banjir yang serius hingga pihak berkuasa di beberapa negeri terpaksa mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya berjaga-jaga.

Hujan lebat telah membantu memadamkan api di beberapa kawasan kebakaran namun api masih marak di New South Wales, Victoria dan Queensland, lapor bbc.com.

Queensland kini menyaksikan sukatan curahan hujan paling tinggi sejak beberapa bulan hingga menyebabkan banjir. Beberapa jalan utama di negeri itu terputus tetapi sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Di Victoria pihak Jabatan Meteorologi berkata hari ini (Sabtu) akan berlaku ribut petir di beberapa kawasan di bahagian tengah dan timur negeri itu yang boleh mengakibatkan kemusnahan.

Hanya satu kawasan belum lagi menerima hujan, iaitu Kangaroo Island.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here