Ko YB atau aku YB?

    0
    538

    Oleh ARRAZAQ NAZRI

    “KO YB (Yang Berhormat) atau aku YB”. Pastinya ramai yang masih mengingatinya. Ini merupakan ayat popular seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Melaka.

    Segala-galanya berpunca daripada isu jalan di satu kawasan perumahan di negeri berkenaan yang menjadi viral dalam media sosial. Bahkan isu itu bukan satu-satunya yang menjadikan Adun itu di kenali dalam khalayak.

    Malangnya populariti itu tidak bermakna kerana ia lebih menonjolkan sisi negatif Yang Berhormat atau YB tersebut sehingga turut menjadi modal program Maharaja Lawak Mega.

    Ungkapan YB itu menyebabkan rakyat mempersoalkan tentang profesionalisme beliau sebagai wakil rakyat.

    Jawatan Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disandang oleh seseorang pemimpin merupakan satu tanggungjawab dan amanah.

    Mereka dipilih untuk menjadi suara rakyat di Dewan Parlimen dan DUN untuk tempoh lima tahun bagi memastikan kebajikan ramai dari aspek infrastruktur dan sosio-ekonomi berjalan lancar.

    Namun apabila timbul, satu demi satu YB bermasalah atau gagal menunaikan tanggungjawab sehingga termasuk yang terbaharu ditangkap bersama-sama yang lain dalam pesta maksiat, pastinya rakyak akan tertanya apa sudah jadi dengan pemimpin harapan mereka.

    Benar seseorang ADUN juga manusia dan bebas untuk memilih jalan hidupnya tetapi sebagai penjawat jawatan yang diamanahkan rakyat, seseorang itu harus berhati dan hati dan tahu batasan yang ditetapkan.
    Rakyat mengharapkan pemimpin yang mereka pilih bersih, cekap dan amanah. Bukan sekadar bersih tetapi juga kelihatan bersih.

    Tugas YB ini adalah untuk membantu rakyat dan bukan sekadar bersandiwara atau lebih banyak main politik. Jangan sampai rakyat pulang paku buah keras – kami mengundi (YB) atau YB yang mengundi.

    BebasNews
    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here