Penyakit misteri di Wuhan semakin membimbangkan beberapa negara

0
514

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

JUMLAH orang ramai yang dijangkiti virus misteri di China didapati jauh lebih tinggi daripada apa yang dinyatakan oleh kerajaan negara itu.

Menurut saintis sehingga kini terdapat 45 kes yang disahkan oleh makmal tetapi pakar-pakar di United Kingdom berkata bilangannya sebenarnya hampir mencecah 1,700 orang.

Dua orang maut kerana mengalami masalah pernafasan susulan pengesanan virus tersebut di bandar raya Wuhan bulan lalu.

Saintis British, Prof Neil Ferguson yang mengikuti perkembangan jangkitan itu berkata beliau kini lebih bimbang dengan keadaan berbanding seminggu lalu.

Bagi pihak United Kingdom penyelidikan ke atas kes-kes berkenaan dijalankan oleh Pusat Global Penyakit Berjangkit (MRC) di Imperial College, London yang seterusnya menasihatkan pihak kerajaan dan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dari semasa ke semasa.

Virus daripada jenis SARS pula telah menyebabkan seorang pesakit maut di China.

Berikutan keadaan ini negara-negara Asia, termasuk Singapura dan Hong Kong mewajibkan saringan ke atas semua penumpang kapal terbang dari Wuhan, sementara pihak berkuasa di Amerika Syarikat pula telah mengumumkan beberapa langkah-langkah sejak semalam di tiga lapangan terbang utama di San Farncisco, Los Angeles dan New York.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here