Pusat bagi duit, apa Kelantan nak buat, buatlah – PM

    1
    321
    FOTO: NSTP/ZUNNUR AL SHAFIQ

    FOTO:P Menteri, Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan Kelantan bebas membelanjakan bantuan RM400 juta yang diberikan daripada Putrajaya kerana tiada syarat dikenakan ke atasnya.

    Bercakap kepada media selepas menghadiri mesyuarat Bersatu di Kuala Lumpur hari ini, bagaimanapun mengingatkan rakyat akan menghukum kerajaan negeri jika mereka tidak berhemat.

    “Kita bagi duit, tapi kita tak bagi syarat. Apa dia nak buat, dia buatlah.

    “Kalau dia buat benda yang tak betul rakyat akan hukum,” katanya pada sidang media di Yayasan Albukhary, semalam.

    Mahathir berkata demikian selepas diminta mengulas langkah kerajaan Kelantan membeli 14 buah kereta Mercedes Benz untuk kegunaan menteri besar, timbalan menteri besar, exco negeri dan setiausaha kerajaan negeri, baru-baru ini.

    Kerajaan negeri yang diterajui PAS kini dikecam dan disindir selepas membeli 14 kereta mewah tersebut.

    Perkembangan itu berlaku beberapa hari selepas pemimpin PAS mengecam PH berhubung cadangan kerajaan membeli kenderaan baru Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan pegawai kanan kerajaan.

    Khabar mengenai pembelian Mercedes Benz itu juga tersebar beberapa hari selepas kerajaan PAS Kelantan menyatakan belanjawan mereka mengalami lebihan sebanyak RM45 juta.

    Pagi tadi, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah, berkata lebihan tersebut dicatat kerajaan negeri selama tiga tahun berturut-turut.

    Pada 2 Jan lalu pula media melaporkan Kelantan menerima bantuan one-off berjumlah RM400 juta daripada Kerajaan Persekutuan pada 25 Dis lepas.

    Menteri besar, Ahmad Yakob, berkata peruntukan itu akan digunakan untuk meningkatkan sosioekonomi, kesejahteraan rakyat dan mengukuhkan fiskal kewangan negeri.

    “Kerajaan Negeri mengucapkan penghargaan yang tak terhingga kepada Tun Dr Mahathir atas bantuan yang diberikan dan ia pertama kali kita terima bantuan one-off ini,” katanya.

    Mohd Amar bagaimanapun menegaskan, pembelian kereta itu tidak menggunakan bantuan yang diberikan kerajaan pusat.

    https://m.malaysiakini.com/news/507522
    Please follow and like us:
    error

    1 COMMENT

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here