Gagal di PRK Kimanis Sabah: Masa untuk bermuhasabah

0
440

Oleh ARRAZAQ NAZRI

SHAH ALAM -Kemenangan Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin menewaskan calon Parti Warisan yang memerintah Sabah, Datuk Karim Bujang dengan majoriti 2029 adalah suatu kejutan.

Kejutan tersebut bukan kerana faktor orang muda menewaskan orang lama tetapi faktor penolakan pengundi Kimanis terhadap kerajaan negeri yang memerintah.

Lebih mengejutkan BN yang dianggap parti underdog kerana kekurangan dari segi “modal” untuk membantu serba sedikit keperluan rakyat berjaya mengatasi kempen Warisan yang didakwa parti lawan menabur ringgit sebagai daya tarikan sokongan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam komennya selepas satu program di Kedah menganggap kekalahan Parti Warisan disebabkan rakyat Malaysia khususnya di Kimanis belum merasai kebaikan pemerintahan Kerajaan PH.

Pemimpin muda PH dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Sadiq Syed Abdul Rahman pula, dalam kenyataan medianya berharap post mortem dapat merungkai punca pengundi di Parlimen Kimanis menolak Karim yang merupakan pemimpin yang terkenal dan berpengalaman di Sabah.

Seharusnya Kerajaan Negeri Sabah di bawah Parti Warisan bermuhasabah diri dengan kekalahan semalam kerana BN atau UMNO Sabah sudah kembali bangkit dari terus rebah di bawah kepimpinan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Faktor kempen siang dan malam oleh bekas Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman juga menjadi faktor kemenangan BN.

Ucapan Anifah yang bersahaja dan begitu akrab dengan rakyat Kimanis menawan hati mereka tanpa ada janji bulan dan bintang.

Pendek kata kemenangan di Kimanis mengubat duka kegagalan PRK Parlimen Sandakan Sabah.

Bagi yang kalah tidak perlu bersusah payah untuk membuat post mortem, tepuk dada tanya pengundi mengapa mereka memilih BN. Semuanya kerana seorang lelaki bernama Mohamad yang berkempen secara realistik dan mesra. Itu pun sudah cukup.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here