IKHLAS tuntut solusi, bantu peniaga tercicir

    0
    510

    KUALA LUMPUR – LEBIHAN daripada 500 penjaja Bazaria Wangsa Maju, tidak meraih tapak dan kemudahan disedia Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menuntut hak dan kepentingan mereka turut dibela pihak berkuasa.

    Bagi Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah, mendesak pihak berwajib tampil solusi untuk membantu kalangan peniaga dan penjaja terjejas, dan tidak tunduk terhadap tekanan pihak tertentu.

    Beliau berkata, pihak DBKL dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus menghalang tindakan mana-mana individu berkepentingan daripada terus mencetuskan provokasi terhadap kalangan peniaga tercicir, seterusnya memangsakan lebih 300 peniaga terjejas.

    Katanya, tindakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew campur tangan dan menunjukkan isyarat jari kurang menyenangkan tidak langsung membantu solusi perniaga yang teraniaya, sebaliknya meletakkan mereka dalam situasi kebingungan untuk meneruskan niaga.

    “Tumpuan kami (IKHLAS) supaya isu ini diselesai segera demi membantu peniaga tercicir kerana mereka bergantung hidup dari hasil perniagaan. Jika tiada tapak, di mana tempat mereka boleh cari rezeki?.

    “DBKL dan PDRM perlu awasi setiap provokasi dibuat seorang MP dari PKR ini beliau tidak terus campur tangan dan menjadi duri di dalam daging isu peniaga dan juga penjaja ini kerana mereka golongan sasar perlu dibantu terutamanya dalam menyara kos hidup semasa,” katanya dalam sidang akhbar IKHLAS selepas membuat laporan di Balai Polis Pudu, di sini.

    Laporan polis terhadap Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dibuat bagi mendesak pihak berkuasa melaksanakan fungsi kuasa autoriti tanpa diganggu gugat oleh mana pihak atau individu.

    Perkara tersebut tegas Mohd Ridzuan, sangatlah penting bagi mengembalikan semula kredibiliti dan keupayaan pihak berkuasa untuk menggalas tugas diamanahkan.

    Malah hasrat kerajaan untuk hapuskan campur tangan orang tengah amat dialu-alu oleh IKHLAS, namun katanya, perkara tersebut sewajarnya akan memudahkan peniaga dan penjaja bukan sebaliknya.

    “IKHLAS mendesak kedaulatan Undang-undang dan fungsi kuasa PBT dan PDRM ditegakkan dan mengatasi segala pangkat dan kedudukan oleh sesiapa sekalipun. Perkara ini serius dan penting untuk keadilan rakyat, tidak sepatutnya sehingga memangsakan peniaga.

    Menurutnya, kes terbaru melibatkan penahanan bsberapa individu berprofil tinggi termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, perlu ditangani secara berhemah dan menepati keperluan peruntukkan Undang-undang, bukan berpaksi kepada kuasa atau pengaruh mana-mana pihak.

    “Rakyat sentiasa perhatikan, maka eloklah negara ditadbir selaras Rule of Law’s, bukan cara anarki rimba. Mereka yang bersalah perlu dihadap muka pengadilan bukanlah keistimewaan tanpa reman atau ujian saringan urine dimanipulasi,” katanya.

    Tambahnya, pihak pemerintah perlu tegas dan telus tanpa berpihak kepada mana-mana selagi isu berbangkit melibatkan kepentingan rakyat iaitu pihak yang perlu dibela seadilnya.

    BebasNews
    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here