Amaran Mahathir PH boleh kekal hanya sepenggal

0
368

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

SUSULAN beberapa analisis dan sentimen yang diluahkan dalam kalangan rakyat, kebarangkalian parti pemerintah Pakatan Harapan (PH) akan hanya kekal sepenggal memegang tampuk pemerintahan negara boleh menjadi kenyataan.

Segala firasat ini mencecah kemuncak apabila semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri menzahirkan pandangan yang sama setelah parti warisan ditewaskan dalam Pilihan raya Kecil Kimanis pada Sabtu.

Amaran beliau bahawa PH boleh kecundang yang dilaporkan oleh Reuters dikongsi dengan meluas oleh media.

Reuters memetik beliau berkata, “Kita kalah lima kali pilihan raya dan mereka masih tidak faham.

Menurut Mahathir beliau telah memberitahu mereka bahawa dalam demokrasi sokongan rakyat amat perlu untuk kekal memimpin.

Bagaimana pun, kata beliau lagi, apa yang berlaku sekarang ialah pergaduhan sesama sendiri dan memecahbelahkan rakyat.

Mahathir mengingatkan bahawa mereka tidak akan menang selagi mereka tidak berubah.

Beliau berkata demikian di Langkawi semalam.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here