Idayu pilihan ketujuh nyanyi lagu VM2020

0
370
IDAYU menyanyikan lagu rasmi Visit Malaysia 2020 di Istana Budaya, baru-baru ini.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SEMUA orang sudah tahu Idayu adalah penyanyi untuk kempen Visit Malaysia 2020 (VM2020) selepas dilancarkan pada September 2019.

Bagaimanapun kita tidak mengetahui bagaimana juara program Akademi Megastar 2017 itu terpilih sebagai penyanyi rasmi untuk lagu ciptaan Dekan Muzik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Ramlan Mohd. Imam.
Idayu yang ditemui selepas Konsert VM2020 yang berlangsung di Istana Budaya, baru-baru ini bercerita tanpa berselindung bagaimana beliau ‘terjebak’ dalam rakaman lagu tersebut.
“Ikut ceritanya, saya dapat panggilan daripada Dekan Aswara itu last minute. Dia suruh saya dengar lagu yang diberi dan minta saya nyanyi lagu itu dalam masa dua hari.
“Gila la nak masuk studio dua hari lagi sebab tak sempat nak buat persiapan. Saya macam nak tolak tapi dia kata tak boleh sebab dia sedang mencari penyanyi kerana sudah enam artis ditolak kerana tak sesuai dengan jenis lagu macam ni.
“Mungkin lagu yang sebelum ini berentak perlahan saja, tapi yang ini  lagu ganas ala-ala Celine Dion. Dia bagi pada saya pada saat akhir dan saya cuba dengar, lepas tu saya tolak sebab saya tak suka buat kerja last minit.
LAGU Visit Malaysia dinyanyikan dalam dua versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
“Tapi orang ASWARA minta tolong sebab tak ada orang lain nak panggil. Jadi saya pun buat juga la. Itulah saja yang saya boleh buat. Kalau bagi masa lama lagi, mungkin lebih daripada ini saya boleh berikan,” ceritanya panjang lebar.
Idayu atau Nur Farah Idayu Yaakob, 35, pelajar AF musim ketiga itu berkata, tawaran yang diterima adalah pada Ogos 2019.
Tambahnya, lagu itu dinyanyikan dalam dua versi, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Biarpun lagu itu berentak pop tapi ia bernada tinggi.
“Saya bukan calon pertama. Kat situ, saya dah tahu yang saya ini hanya back up saja tapi saya tak kisah pun. Dekan ASWARA cakap saya yang paling sesuai dan gambaran nyanyiannya macam tu, bukan lenggok macam lain. Dia cakap dah enam orang, maknanya saya ni yang ketujuh la.
“Setiap dendangan perlu dirujuk kepada pihak atasan hinggakan kepada Perdana Menteri dan bila beliau puas hati baru, boleh teruskan. Lirik untuk lagu Bahasa Melayu ditulis oleh Normah Kechut dan Bahasa Inggeris oleh James PS Boyle,” katanya lagi.
Sebelum Idayu, antara penyanyi yang pernah menyanyi untuk lagu rasmi tahun melawat Malaysia ialah Liza Aziz, Visit Malaysia Year 1990, Visit Malaysia Year 2014 (Ella) dan Cuti-Cuti Malaysia 2012 (Datuk Seri Siti Nurhaliza).
Justeru itu, Idayu tidak kisah jika ada yang membuat perbandingan kerana setiap penyanyi ada gaya tersendiri dan cita rasa pendengar juga berbeza.
“Masing-masing punya cita rasa. Kalau tengok komen yang telah dimuat naik oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), ada yang tak suka tapi banyak yang suka.
“Semua cakap sesuailah dengan 2020, tak kan nak llagu embik-lembik lagi. Saya tak kisah kerana saya nyanyi mengkut genre lagu itu seperti yang dimahukan oleh komposer,” katanya tersenyum.
BERDUET dengan Ezad Lazim untuk runut bunyi Ombak Rindu The Series, Gelora Rindu.
Gelora Rindu duet dengan Ezad
Meskipun akan sibuk dengan promsi kempen Visit Malaysia 2020, Idayu tetap tidak lupakan tanggungjawabnya untuk mempromosi runut bunyi bagi drama Ombak Rindu The Series yang disiarkan menerusi platform Iflex, lakonan Remy Ishak dan Izara Aishah.
Untuk lagu dan lirik oleh Nurzaidi Abd. Rahman itu, Idayu berduet dengan Ezad Lazim.
Sebelum ini Hafiz Suip dan Adira Suhaimi merupakan pasangan duet untuk runut bunyi filem Ombak Rindu, lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz.
“Komposer Zaidi yang minta saya berduet dengan Ezad. Saya tak menolak sebab diberi masa yang sesuai untuk saya kaji lagu. Saya suka nyanyi untuk runut bunyi sebab itu cabran kerana kita kena tanya komposer cerita ini macm mana.
“Nak nyanyi lagu ni nak kena feel watak yang terdapat dalam drama itu. Saya kena menjiwai watak Izara Aishah (Izah) untuk menyanyi agar lagu saya itu sampai kepada pendengar,” katanya yang sebelum ini menyanyikan runut bunyi drama Nur, Ganti Diriku.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here